Adakah sah puasa jika man di wa jib setelah azan subuh

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Apabila bulan Ramadhan datang lagi, bagi sesetengah pasa ngan suami isteri itu bulan ini mereka akan dapat menghadkan hubu ngan ke la min mereka. Mengapa? Kerana ada sesetengah daripada mereka masih lagi belum memahami hukum dan adab-adab ketika berhubu ngan inn tim di bulan Ramadhan ini.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Adakah batal puasa sekiranya suami isteri itu man di ju nub selepas waktu subuh atau selepas sahur?

Batal Puasa Jika Man di Wa jib Selepas Subuh atau Sahur?

Adakah batal puasa jika lewat mandi wajib? Persoalan ini sering menjadi tanda tanya pada mereka yang masih tidak tahu tentang hukum man di wa jib jika berpuasa ketika berada di bulan Ramadhan. Ada sesetengah isteri iaitu kaum wanita menganggap bulan puasa adalah bulan untuk merehatkan badan daripada melaya ni naf su suami mereka dan akan batal puasa jika mereka man di ju nub selepas Subuh.

Walau bagaimanapun, setiap pasa ngan suami isteri itu WAJIB tahu bahawa Islam itu sangat mudah dan indah, mereka hanya perlu tahu caara-caara yang betul sahaja seperti hukum man di wa jib ketika menjalani ibadah puasa dan hubu ngan suami isteri di bulan Ramadhan serta yang berkaitan.

Ada yang mengatakan selepas bersa ma suami atau isteri dan mereka terlewat  untuk man di wa jib di bulan Ramadhan, puasa mereka telah terbatal. Pastinya persoalan ini sering menjadi tanda tanya dan mungkin ada yang malu dan segan untuk bertanya tentang adakah puasa terbatal atau tidak disebabkan kelewatan man di wa jib kerana beberapa sebab seperti tertidur dan terlupa selepas bersa ma.

Berikut dikongsikan tentang pertanyaan apakah hukum sekiranya kita melewatkan man di wa jib atau mandi selepas azan Subuh untuk menunaikan solat Subuh selepas bersama isteri atau suami pada malam hari di bulan Ramadhan? Adakah batal puasa atau tidak sah puasa kerana kita man di wa jib selepas azan subuh?

Persoalan yang hampir sama yang sering ditanya oleh lelaki dan perempuan, apakah hukum keluar air ma ni atau air ma zi dengan sengaja ketika puasa membatalkan puasa?

Ini jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan tentang persoalan dan amalan di bulan Ramadhan.

Melewat-lewatkan mandi janabah (mandi wa jib) selepas bersa ma isteri pada malam hari bulan Ramadan sehingga terbitnya fajar tidak menghalang sahnya puasa, sebaliknya makruh melakukan demikian itu.

Justeru, sunat bersegera untuk mandi wa jib sebelum terbitnya fajar dan dalilnya seperti yang disebut dalam kitab Bulugh al-Maram, daripada Saidatina Aisyah R.anha:

أَنَّ اَلنَّبِيَّ – صلى اللّه عليه وسلم -كَانَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ جِمَاعٍ, ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW pernah bangun pagi dalam keadaan berju nub akibat jima’ (pada malamnya), lalu Baginda mandi (wajib) dan (meneruskan) berpuasa.

Dalil hadis yang diberikan di atas menunjukkan bahawa orang yang mandi selepas azan subuh atau selepas subuh tidak akan batal puasa mereka dan sah puasa mereka.

Jika anda tidur dan bangun lewat, maka hendaklah ia menyegerakan mandi hadasnya untuk menyegerakan solat subuh seperti biasa.

Sekiranya lewat bangun tidur disebabkan tidak terjaga sahur atau tidak disengajakan, maka perbuatan tersebut dimaafkan oleh Allah, tapi kalau ia disengajakan atau selepas makan sahur tidur balik, maka dosa baginya kerana ia mengabaikan perintah Allah iaitu mengerjakan solat subuh.

Makruh juga orang yang sengaja melewatkan man di wajib kerana banyak perkara yang terhalang ketika ia berhadas besar.

Semoga bermanfaat.

Sumber: mediamaklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *