Kalau Selalu Gas trik Ketika Puasa, Ini 7 Perkara Kena Faham Dan ‘Standby’ Siap-siap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kedatangan Ramadhan tentunya membuat ramai teruja. Namun ada sesetengah yang mudah terkena sa kit perut atau gast rik, terutamanya pada beberapa hari terawal puasa.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ini berlaku kerana dalam bulan puasa, pola pemakanan kita akan berubah. Di waktu siang semasa perut kosong, peningkatan a sid di dalam perut boleh berlaku dan menyebabkan keradangan perut, loya, muntah atau berasa pe dih pada ulu hati.

Jadi, bagi pesa kit gas trik atau anda yang selalu sa kit perut bila lewat makan, jom ketahui beberapa tips ini untuk membantu anda mengawal gast rik agar dapat berpuasa dengan lebih lancar dan selesa tanpa kesa kitan.

7 TIPS MENGAWAL & MENGELAKKAN GASTRIK KETIKA PUASA

1. JENIS MAKANAN & MINUMAN YANG PERLU DIELAKKAN

Umumnya, pemilihan makanan sihat amat membantu mengawal masalah gastrik.

Berikut adalah jenis makanan yang perlu dielakkan atau dihadkan:

Makanan bergoreng
Makanan pedas dan berempah
Makanan di dalam tin – kerana kandungan a sid yang tinggi

Minuman bergas
Makanan yang mempunyai a sid tinggi – contohnya limau, oren, tomato
Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi

Makanan yang diproses seperti sosej dan nugget
mengidam makanan tidak sihat

2. KETIKA BERBUKA

Ketika berbuka, makanlah dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan makan terlalu banyak dan jarakkan pengambilan pemakanan.

Contohnya anda boleh berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat Maghrib dahulu. Kemudian barulah makan nasi bersama lauk pauk dalam kuantiti sederhana.

Selesai solat terawih pula, banyakkan makan buah-buahan yang tidak bera sid, biskut oat atau roti.

3. KETIKA BERSAHUR

Seeloknya lewatkan sahur, iaitu ketika hampir waktu imsak. Cuba elakkan makan sahur terlalu awal, contohnya jam 2 atau 3 pagi dan tidur semula sehingga pagi.

Anda digalakkan minum segelas susu semasa sahur. Hal ini dapat mengurangkan simptom gas trik dan ul ser peptik.

Tabiat tidur selepas selesai sahur atau berbuka boleh menyebabkan gast rik dan masalah pencernaan.

4. JANGAN MEROKOK & MAKAN LEWAT MALAM

Bulan puasa adalah bulan yang paling ideal untuk anda berhenti merokok. Merokok bukan saja membaha yakan kesi hatan, tetapi ia juga boleh menjadi penyum bang kepada gastrik.

Makan selepas solat terawih atau moreh / supper juga seeloknya perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.

5. MINUM AIR KOSONG

Minum air kosong secukupnya sepanjang malam di waktu Ramadhan. Ramai yang ‘terlupa’ minum air kosong sebab macam-macam jenis minuman yang menggiurkan dijual di pasar Ramadhan.

Air kosong penting bagi melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan gastrik atau sa kit perut yang dihadapi di siang hari.

Mengikut saranan KKM, anda sepatutnya boleh mencukupkan 8 gelas air sehari dengan jadual minum air seperti berikut:

-1 gelas ketika bangun sahur
-1 gelas selepas makan sahur
-1 gelas semasa berbuka puasa

-1 gelas selepas makan
-1 gelas selepas solat maghrib
-1 gelas selepas solat isyak

-1 gelas selepas solat terawih
-1 gelas sebelum tidur

kuruskan badan di bulan puasa

6. MAKANAN & MINUMAN YANG DIGALAKKAN

Banyakkan makan makanan karbohidrat kompleks atau yang berasaskan bijirin gandum, seperti beras pe rang, kekacang badam dan oat.

Cuba gunakan teknik memanggang atau kukus untuk mengelakkan makanan bergoreng dan berminyak.

Selain air kosong, anda boleh minum susu atau smoothie buah-buahan yang tidak bera sid seperti kurma dan pisang.

7. ‘STANDBY’ & MAKAN UBAT

Jika anda diberikan ubat oleh doktor, jangan lupa mengambil ubat mengikut preskripsi doktor.

Sekiranya diserang gastrik yang teruk, anda boleh mendapatkan sun tikan di klinik jika perlu.

Berikan anak ‘supplement’ dan ‘vitamin’

JANGAN PAKSA DIRI JIKA KEADAAN TIDAK MENGIZINKAN

Selain mengawal pemakanan, cuba elakkan stres dan amalkan gaya hidup sihat. Beberapa kajian menyatakan bahawa stres boleh menyebabkan peningkatan a sid perut.

Jika kerap sa kit, berbincanglah dengan doktor tentang keadaan anda berkaitan masalah yang dihadapi ketika berpuasa. Ingat, Islam itu agama yang indah dan tidak memaksa umatnya melakukan sesuatu yang di luar kemampuan mereka.

Selamat berpuasa!

Add Comment