Melayu Malas, Aku Paling Pantang Dengar, Melayu Tak Malas, Ini Kii sah Aku.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Melayu Malas?? Aku jadi marah bila dengar ungkapan melayu malas. Betul ke malas org melayu ni?? aku bangsa melayu, bapa aku, mak aku, atuk dan nenek moyang aku semua melayu. Suku je bercampur2; minang, jawa, kampar, mandailing.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Aku sendiri xrasa aku malas. sejak aku kecik lagi aku da buat lebih dari 1 keja. sejak umur aku 5 tahun aku da tolong ar wah abah aku niaga kat pasar malam (taman paling jaya, semenyih)

Alhamdulillah hari pertama aku berjualan buah belimbing di pasar malam sold out. Aku sorg2 je start asar sampai lepas maghrib. Ar wah abah balik umah lepas setup meja jualan dan ajar aku cara nak berjual beli. Apabila dia kembali lepas maghrib, belimbing da sold out aku jual. (umur 5 tahun aku da kenal duit singgit). dan aku dapat hadiah kereta polis mainan malam tu dari ar wah abah aku.

Start hari tu aku samada sukarela atau terpaksa kena tolong dia meniaga kat pasar2 malam, pasar minggu sekitar semenyih, kajang dan beranang. Sampailah aku pindah dok asrama masa tingkatan 4.

Walaupun tolong ar wah abah meniaga, aku masih lagi bersekolah. ar wah abah pun masih bekerja walaupun dia berniaga. sehingga kini aku tak pernah jumpa manusia serajin ar wah abah aku dalam dunia ni.. kerajinan tahap dewa org kata.. begitu jugak adik beradik aku yg lain. dorg pun macam aku buat 2 kerja sejak kecik, belajar dan meniaga.

Mak aku pun ada wat part time gak, tokey ubat2 tradisional dan kosmetik, mak aku sediakan modal dan barang, tukang jual kitorang adik beradik tumpang tapak niaga ar wah abah. Mak dan ar wah abah aku bkerja sebagai tukang kebun dan cleaner di sekolah. kami bukan orang senang, tapi asbab kerajinan ar wah bapa aku, kami adik beradik mampu disekolahkan sehingga ke menara gading.

Alhamdulillah semua adik beradik aku da jadi manusia yang rajin2.. akak aku selesa dgn kerjayanya di Affin Bank, adik permpuan aku kerja executive di POS Malaysia. jadi cip utk bahagian dia. tapi masih lagi niaga bila weekend, teringat masa dia nk berkahwin dlu, punyalah nk kumpul dana dia jual steamboat ngan jual air balang kat Dataran Merdeka. selalu kena kejar ngn penguatkuasa DBKL keliling dataran.

Aku ada 3 orang adik lelaki, dan dorg bertiga ni masih lagi mewarisi jiwa bisnes family aku, yang sorg ni glamer kat fb Safuan Borhan, antara otai2 awallin dalam bidang fa ce bo ok marketing ni.. skg da terjun dalam bidang fnb. punyalah rajin bleh kata setiap bulan bukak cawangan kedai.. lagi 2 orang adik lelaki aku Mohd Syahman ngn Syaufi Borhannudin da berjaya jadi owner firma hartanah. kalau korg nk beli umah bolehlah contact dorg ni..

ok berbalik pada citer aku ttg rajin ni.. aku pun rajin gak.. aku skg masih bekerja sebagai pensyarah politeknik dalam masa yang sama aku xpernah tinggalkan bisnes. aku pernah jadi kontraktor, pelombong pasir, tokey ga ang ster, tokey kedai fotostat, tokey butik,tokey tok kek, tokey simkad, peniaga uptown puchong dan sg besar, peniaga di expo MAHA, Jom Heboh, dan macam2 lagi expo sampai ke Brunei. dan yang terbaru bisnes vaa pe (sampai da pusing europe, rusia dan afrika).

dah panjang aku citer ni..(bukan korg je muntah nk baca, aku pun da loya2 nak berciter) dan aku yakin RAMAI melayu kat luar sana yang rajin2 dan menidakkan dakwaan Melayu itu MALAS.. banyak lagi bukti yang jelas menunjukkan Melayu itu bukanlah bangsa yang malas.

Sumber: Mohd Shahril

Add Comment