Tips Sekiranya Terlepas Solat Subuh

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

SOALAN: Ustaz, saya selalu mengerjakan solat subuh di luar waktu yang sepatutnya kerana terlajak tidur. Namun begitu, saya tetap menunaikannya apabila terjaga dari tidur disusuli solat sunat Taubat. Adakah perbuatan ini dibenarkan atau saya berdosa besar?

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

JAWAPAN: MEREKA yang mening galkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan menggantikan solat itu di luar waktunya iaitu sebaik tersedar daripada tidur.

Disebutkan dalam riwayat Muslim:

“Barang siapa yang lupa satu solat, maka waktunya ialah apabila dia mengingatinya. Mening galkan solat tanpa uzur yang syarie dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara sahaja iaitu terlupa dan tertidur.”

Mereka yang mening galkannya secara sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu tidak lagi mening galkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak mengulangi kelalaian tersebut pada masa akan datang.

Mening galkan solat secara sengaja hukumnya adalah berdosa. Ini kerana solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang menunaikannya bererti telah mendirikan agama dan sesiapa yang mening galkannya bererti meruntuhkan agama.

Namun begitu, bagi orang yang tertinggal solat bukan secara sengaja seperti bangun subuh lewat dari waktu- nya dan perkara ini jarang berlaku kepada dirinya, maka yang terlibat tidak berdosa.

Sabda Nabi SAW, daripada Ibnu Abbas r.a:

‘Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Taala telah memaafkan untukku daripada umatku akan perkara yang dilakukan kerana tersilap, terlupa dan perkara yang mereka dipaksa melakukannya.”

Segera

Mereka yang tertinggal solat kerana tidak sengaja, wajib untuk mengqada solat itu dengan segera. Melewat-lewatkan untuk menggantinya mengundang dosa. Menurut istilah dalam Usul Fiqh, qada ialah melakukan satu kewajipan di luar waktunya yang ditetapkan oleh syarak.

Berdasarkan istilah ini, apabila seseorang terlepas satu solat kerana lupa atau tertidur hingga habis waktunya, maka solat yang dilakukan di luar waktunya dinamakan qada. Ada juga yang berpendapat, solat yang dilakukan selepas habis waktunya, jika disebabkan uzur seperti tidur atau lupa, ia tetap dinamakan adaan (tunai) bukan qada.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud:

Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika pulang menunggang unta daripada pepe ra ngan Khaibar telah berasa sangat mengantuk sehingga baginda bersabda:

“Wahai Bilal kita telah ditimpa malam.” Maka Bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau manakala Rasulullah SAW dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir tiba waktu subuh, Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dalam kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terjaga kerana terasa kepanasan matahari. Rasulullah SAW adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut.

Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah.” Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah SAW berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat Fajar dengan mengimami para sahabat.

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat.

Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Surah Tahaa: ayat 14).

(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Solat yang sengaja diting galkan tidak boleh selesai dengan taubat sahaja kerana pasti akan mengulanginya lagi di hari esok. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa adalah taubat yang main-main.

Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Saya mengharapkan agar saudara mencari jalan untuk bangkit awal di waktu fajar, iaitu dengan apa cara sekalipun seperti tidur awal, mengunci jam loceng, dan meminta isteri atau kawan untuk mengejutkan kita menunaikan solat subuh.

(Sumber: KOSMO!) via Islamituindah

Add Comment