Buat Lo an Bagi Suami Bukak Bisnes Sendiri, Bila Dah Berjaya Dia Hanya Bagi Rm5 Kat aku, Buat Macam Budak Kecik, Sekarang Suami Lafazkan Taa lak

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Assalamualaikum. Sebenarnya aku penah siarkan kisah aku ni dua blog tapi tiba-tiba kisah ni tidak dapat dijumpai. Aku percaya keluarga bekas suamiku punya angkara mungkin “report and block” kisah tersebut.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Foto sekadar hiasan..

Aku harap apa yang aku luahkan ni dibaca oleh bekas suamiku dan juga family mertuaku. Aku bukan nak mencari publisiti atau meraih simpati daripada sesiapa tapi aku nak bekas suamiku bertanggungjawab dalam soal nafkah anak-anak kami.

8 tahun melayari alam rumah tangga dan akhirnya rumah tangga kami mus nah disebabkan oleh faktor kewangan. Aku bukannya mata duitan tapi sepanjang menjadi isteri Zul membuatkan aku banyak berkor ban wang ringgit. Masihkah kau ingat disaat kau mendapat kerja sebagai guard di sebuah hospital swasta? Kita sama-sama ketawa bila akhirnya kau pulang ke rumah kerana tak sanggup menjadi guard.

Kau malu dengan uniform guard berwarna putih dan bertopi. Kau sering bertukar-tukar kerja sampailah kelahiran anak kedua kita kau terus berhenti kerja sebab berga duh dengan boss kau.

Selama 6 bulan kau menganggur dan kau bersuara ingin membuka bisnes sendiri. Aku setuju sebab sifat kau yang pa nas ba ran mana mungkin kau bekerja di bawah orang. Aku terpaksa membuat loan untuk dijadikan modal permulaan bisnes kau. Alhamdulillah kedai pertama kau bertapak di sebuah bangunan kerajaan di Meru, Ipoh. Ku sangka kan panas berpanjangan rupanya hujan di tengah hari.

Kemewahan kau menyebabkan kau lupa akulah isteri yang sanggup susah senang bersama kau. Kau alpa dan mula jatuh cinta dengan seorang pegawai diplomatik yang lebih tua dari kau. Jatuh terduduk di saat aku mendapat perkhabaran ini dan anehnya aku merestui hubu ngan kalian. Aku sanggup pertahankan rumah tangga kita demi anak-anak.

Tapi jodoh tu kuasa Allah. Perkahwinan kita terlerai jua disaat kau lafazkan taa lak di saat aku tak ingin membuat loan lagi untuk kau. Cukuplah aku dah support bisnes kau sehingga kau mampu berdiri gah dengan 3 buah pasar mini. Sebulan sebelum kau lafazkan taa lak memang kau naik angin bila kau tak mampu mengeluarkan duit gaji aku kerana aku terlebih dahulu ke bank declare kononnya kad atm aku hilang.

Masihkah kau ingat kau pegang kad atm aku, kau bagi duit belanja pada aku setiap hari RM5 seperti aku anak kecil yang masih bersekolah. Kau control kehidupan aku sehinggakan aku nak call mak aku pun perlu disebelah kau. Kau takut aku mengadu bukan-bukan perihal kau. Tapi baiknya kau bila kau sanggup penuhi apa yang aku nak.

Aku tak ada masalah kalau tetiba teringin tukar hand bag atau ingin beli set Tupperware baru. Pendek kata kau tak lokek dalam berbelanja. Tapi kata mak aku “ memanglah dia boleh beli semua tu.. bawa makan kat luar di tempat-tempat yang hebat sebab duit gaji kau dia yang pegang” Dipendekkan cerita kau berkahwin lain tetapi dengan orang lain.

Kata mama kau memang mama tidak merestui hubu ngan kau dengan pegawai tu dan sepanjang tempoh tu kau langsung tak memberikan nafkah. 3 tahun kau menyepi tanpa berita dan sepanjang tempoh tu aku masih membawa anak-anak berjumpa dengan keluarga kau. Sehinggalah aku dapat menghubungi kau dan meminta kau bertanggungjawab sebab nafkah anak-anak wajib ke atas kau.

Aku tak faham kenapa kau berden dam dengan aku sehinggakan kau tak nak pulangkan kereta Honda Accord yang aku beli atas nama aku alasan kau kereta tu untuk anak. “ Eh..tolonglah.. kereta tu atas nama aku dan suka hati aku la lah nak buat apa dengan kereta tu” Kau sengaja biarkan nama aku blacklisted.

Masihkah kau ingat bila kau perdaya aku untuk keluarkan duit EPF aku dan beli kereta kelisa secara tunai atas nama kau? Time tu aku turutkan sebab aku sayangkan kau. Kau dengan bangganya bergaya dengan segala aset hasil titik peluh aku.

Aku pernah minta pihak bank tarik balik kereta Honda tersebut tapi malangnya pihak bank tidak dapat menarik kereta tu kerana dah bayar 75%. Aku penah buat re port pada pihak po lis tapi po lis cakap ni adalah masalah keluarga.

Kesudahannya sampai sekarang aku tak pasti apa jadi dengan kereta aku itu. Bila aku minta kau pulangkan kereta kelisa, apa kau jawab “Kereta tu atas nama aku” Allahu..kau dan aku tau kereta tu sepenuhnya duit aku. Dua biji kereta aku pada kau.

Zul.. aku tau kau bahagia dengan isteri baru kau dan anak2 kau Tapi kau harus sedar bahawa anak-anak kau bukannya 2 orang tapi 4 orang termasuk anak-anak kita. Kau sepatutnya berlaku adil atas nafkah anak-anak kau. Kau sengaja menghantar whatsap gambar kereta volkswagen baru kau sempena tarikh birthday kau 15 Januari kononnya nak menya kitkan hati aku. Kau sengaja menghi na aku kononnya aku tak mampu menyara anak-anak kita hanya kerana aku sering menyedarkan kau supaya tidak culas dalam tanggungjawab memberikan nafkah.

Kau berikan pelbagai alasan kononnya bisnes tak maju, kedai tutup sebab tukang masak balik Thailand (kononnya kau dah buka kedai makan hasil duit titik peluh kau), di hospital dan pelbagai alasan yang kau cipta. Tahukah bahawa nafkah anak-anak adalah dibawah tanggungjawab bapa kandungnya? Andaikata bapa kandung tak mampu automatik tanggungjawab tu berpindah kepada datuk atau bapa saudara lelaki sebelah bapanya.

Aku tau kau tak akan baca coretan ini tetapi aku harap mama, ayah, kakak kau, abang kau dan seluruh keluarga kau tersedar bahawa mereka masih ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Alhamdulillah anak-anak kita masing-masing dah berusia 14 dan 12 tahun. Kau jangan menuduh aku menghasut anak-anak tapi anak-anak tawar hati kerana sikap kau sendiri. Kau tak pernah berusaha untuk call anak-anak sedangkan kau tau no hp aku. Kau tak pernah cuba melawat anak-anak walaupun kau tau di mana rumah mak aku. Ketepikanlah ego kau demi kebahagiaan anak-anak.

7 tahun kita berpisah masih tidak mampu melenyapkan perasaan marah kau pada aku sehingga anak-anak menjadi mngsa. Aku pelik kenapa kau berdndam dengan aku sedangkan kau lah yang menganiayai hidup aku dan anak-anak. Walaupun sehingga kini aku masih membayar hutang perniagaan kau sebanyak RM 2500 sebulan tapi alhamdulillah masih ada rezeki untuk aku besarkan anak-anak. Jangan lupa aku tak pernah menghalalkan hutang nafkah dan hutang perniagaan kau.

Aku tak pernah meletakkan berapa jumlah kau perlu bayar tiap bulan sebab aku faham kau juga ada komitmen lain. Tapi sayangnya kau tetap culas dalam menjalankan tanggung jawab sebagai seorang bapa. Umur kita semakin lama semakin meningkat dan anak-anak semakin besar. Adalah sangat menyedihkan kalau anak-anak aku yang akan menguruskan harta kau sekiranya ajal menjemput kau awal kerana anak-anak kita adalah anak lelaki dan lebih tua daripada anak lelaki kau dengan isteri baru!

Buat isteri baru Zul, aku harap kau tidak menerima nasib seperti aku ditinggalkan ketika aku tak ingin lagi buat loan untuk dia. Aku harap kau tak sebo d0h aku kerana terlalu percayakan dia dan aku harap kau mampu mengubah sikap dia. Nasihatilah dia supaya sedar bahawa nafkah anak tu adalah wajib.

Nasihat aku sebagai kakak jangan sesekali terpedaya dengan janji manis suamimu bila dia meminta kau menggadaikan barang kemas kau atau memujuk kau membuat loan. Buat semua netlzen di luar, aku harap kalian dapat berdoa semoga aku diberi kekuatan untuk membesar dan mendidik anak-anakku. Doakanlah kebahagiaan kami sekeluarga dan doakanlah semoga bekas suamiku sedar atas tanggungjawab dia yang perlu dilunaskan. KRT via edisiharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *