Benarkah solat berjemaah bersama isteri di rumah pahala hanya 1 berbanding solat di masjid

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Solat berjemaah sangat dituntut bagi kaum adam. Solat berjemaah dituntut untuk dilakukan di masjid. Hal ini merupakan cara penyatuan dan perpaduan sesebuah ummah.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Namun begitu solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak juga diharuskan didalam islam. Selain tujuannya untuk melaksanakan solat bersama keluarga, solat berjemaah ini juga dapat merapatkan hubu ngan diantara suami isteri dan anak-anak.

Hal ini boleh mewujudkan suasan harmoni didalam sesebuah keluarga yang seterusnya membawa kepada kebahagian didalam rumah tangga.

Namun begitu terdapat persoalan yang ditimbulkan masyarakat, adakah pahala melakukan melakukan solat berjemaah bersama isteri tidak sama dengan solat jemaah yang dilakukan di masjid. Berikut ulasan daripada Ustaz Kazim Elias.

Benarkah sembahyang jemaah di rumah bersama isteri dan anak-anak pahalanya hanya satu berbanding sembahyang di masjid?

Roslan, Sungai Buloh.

UKE: “Solat jemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak 27 darjat”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sudah pasti solat di masjid banyak fadilat dan kelebihannya daripada mana-mana tempat. Banyak hadis menerangkan kelebihannya daripada berwuduk dan berjalan ke masjid sehinggalah beriktikaf di masjid.

Lagi banyak jemaah lagi bagus dan baik. Cuma banyak pendapat yang anda dengar sehingga anda pun naik susah hati sampai anda faham pahala solat jemaah di rumah hanya dapat seperti yang anda sebut.

Di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafie dan saya rasa anda pegang itu sudahlah.

Imam al-Syafie Rahimahullah mengatakan dalam Al-Mukhtashor wal Ashhaab, “Mengerjakan solat jemaah bagi laki-laki di masjid lebih utama daripada mengerjakannya di rumah, pasar dan selainnya.

Hal ini berdasarkan hadis yang telah kami sebutkan dalam keutamaan orang yang berjalan menuju ke masjid. Juga kerana mengerjakannya di masjid lebih mulia dan menampakkan syiar jemaah.

Imam al-Syafie dan ulama mazhab Syafie berpendapat bahawa boleh bagi laki-laki mengerjakan solat fardu berjemaah di rumahnya bersama isteri dan anak-anaknya. Namun, perlu diingat bahawa mereka tidak lupa untuk mengerjakannya di masjid.

Pahala berjemaah memang dapat walau dengan isteri dan anak-anak di rumah namun janganlah sampai tidak ke masjid. Didiklah anak-anak ke masjid supaya menjadi kebiasaan.

Sumber: Utusan

Add Comment