Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Isteri adalah pendamping hidup bagi seorang suami. Selain daripada pengor banan suami yang mencari rezeki untuk keluarga, pengor banan seorang isteri juga tidak kurang hebatnya. Seorang isteri selalu membantu suami untuk menguruskan rumah tangga seperti mengemas rumah, memasak, membasuh pakaian, serta menguruskan anak-anak.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kadang-kala isteri kelihatan tiada waktu untuk rehat kecuali waktu tidur di malam hari. Kasihan isteri sibuk menguruskan rumah tangga sehingga penat. Oleh itu, diharapkan para suami tidak sesekali melupakan jasa seorang isteri yang turut sama-sama berkor ban didalam urusan rumah tangga. Berikut perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew untuk kita semua.
Kasihan Bidadariku Ini Penat, Tak Sempat Dating Berdua
Paling bahagia dapat kayuh basikal berdua dengan bidadari tercinta. Kasihan bidadariku ini penat dan tak sempat masa dating berdua. Miss u sayang. Ada sekali bila sampai rumah tengah malam. Dah 1 pagi. Tengok bidadari dah tertidur di sofa di ruang tamu. Tunggu suami seperti selalu. Rasa sebak lak.
Ya Allah kasihan bidadariku. Ampunilah dirinya, berilah kesihatan padanya. Ya Allah beri syurga firdaus buat dirinya.
Perlahan-lahan beri salam supaya dia tak terjaga dan tutup pintu perlahan-lahan. Saya paling nikmat dan seronok bila lihat bidadari saya boleh berehat sikit. Yerlah mana sempat seorang isteri itu untuk berehat.
Masuk Bilik.. Tengok Ada Dua Bakul Besar Belum Berlipat. Saya masuk bilik tengok ada 2 bakul baju besar belum lipat. Ada sikit-sikit dah lipat. Penatnya bidadari saya. Saya berusaha lipat semuanya. Terasa sa kit pinggang. Terasa jenguh juga menghabiskan semuanya Dan puas juga tengok masa baju anak.
Sedih sebab tak tahu sangat mana baju anak mana. Sebab semua almari lain-lain. Anak dah 4 orang. Sebak fikir macam manalah ibu, isteri, seorang wanita buat semua ini seorang diri dalam keletihan. Setiap hari tanpa rehat dan tanpa henti.
Semakin Lama Lipat Baju, Semakin Sebak. Dekat 2 jam lipat baju. Makin sebak rasa. Ya Allah ganjarilah dengan sebesar-besar ganjaran buat bidadariku. Kemudian masukkan dalam almari. Susun ikut almari masing-masing. Maknanya ada 6 almari. Semuanya lain-lain.
Ada baju siang. Baju malam, baju berjalan, baju di rumah. Ada baju tidur. Musim panas musim sejuk. Sedih rasa. Ya Allah.. ada baju kena gantung. Ada baju kena lipat.
Bila tengok dalam almari. Semuanya cantik kemas.Hebat seorang wanita. Rupanya nak lipat kain pun penuh kesenian. Penuh ketelitian. Penuh sistem. Takut bidadari saya terjaga. Kerana saya tahu bidadari saya penat jaga dan urus anak-anak. Itupun saya takkan terbalas jasanya. Ya Allah. Bidadari saya menangis kejut saya. “Kenapa abang buat semua ini. Abang penat berdakwah.”
Sebab abang lelaki. Abang sayang bidadari abang kerana Allah. Abang sihat. Sayang banyak pahala khidmat. Bahagiakan hati sayang buat Allah sayang. Abang nak pegang tangan sayang pimpin masuk syurga.
I love u sayangku bidadariku.
Nota: Semoga dengan perkongsian Ustaz Ebit Lew ini menjadikan suami isteri saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Buat suami, hargailah isterimu walaupun isteri tidak pernah meminta untuk dihargai. Sekurang-kurangnya dengan menghargai apa yang isteri telah lakukan untuk keluarga dapat menghilangkan lelah dan penat mereka menguruskan rumah tangga.
Dengan caara ini juga dapat membuatkan isteri merasa gembira dan suka akan apa yang mereka lakukan. Barulah keluarga yang bina kekal bahagia dan berkekalan sehingga ke syurga. Insya Allah.
Sumber: Ustaz Ebit Lew