“Selagi Tak Mandikan Tak Boleh Pakai” – Mufti Bidas Amalan Guna Air Solat Hajat Untuk Tolak Ba la

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Amalan bacaan Yasin dan solat hajat bagi melancarkan sesuatu majlis atau memohon diberikan kemudahan dalam menjalankan sesuatu perkara sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat beragama Islam. Namun ada juga yang terlalu bergantung kepada amalan tersebut hingga boleh mengakibatkan penyelewangan akidah.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Menurut Sinar Harian, beberapa individu di la man sosi al Fa cebo ok berkongsi amalan mereka membersihkan kenderaan yang baru dibeli menggunakan air bacaan Yasin atau air solat hajat. Langkah tersebut kononnya dipercayai boleh mengelakkan daripada perkara buruk seperti kemala ngan atau kecu rian berlaku kepada kenderaan yang baru dibeli itu.

“Tiap kali husband beli motor atau kereta memang mandikan dengan air sembhayang hajat. Lepas mandikan, jangan basuh kereta atau motor tu selama tiga hari, (ini) mengelakkan daripada benda-benda yang tak diingini berlaku,” komen seorang netizen.

“Betul, saya pun pernah buat. In sha Allah dilindungi daripada benda-benda yang tak diingini,” tambah seorang lagi netizen menyokong amalan tersebut.

Komen cara ‘memandikan’ kereta baru yang dikongsi oleh pengguna-pengguna Fa cebo ok ini difahamkan sebagai maklum balas terhadap kes kemala ngan yang menimpa seorang pelakon terkenal tanah air baru-baru ini.

Berhubung dengan perkata ini, Datuk Mohd Yusof Ahmad, Mufti Negeri Sembilan tampil memberi kenyataan bagi menjelas tindakan ini kepada umum.

“Solat hajat dan membaca Surah Yasin memang perbuatan yang elok. Tapi apabila airnya sampai dibuat mandi kenderaan, haiwan dan sebagainya, itu tidak patut dan sama sekali menyeleweng.”

Kalau sampai bercerita pada orang lain, itu lagi tidak betul dan (boleh dianggap) khurafat.”

Yusof menasihatkan individu-individu yang mempraktikkan amalan sebegini seeloknya merujuk kepada golongan ulama terlebih dahulu dan meminta pandangan daripada orang yang betul-betul faham hal berkaitan agama sebelum melakukannya.

Banyak amalan baik di dunia ni yang disalah tafsir atau salah penggunaannya sekaligus memesongkan akidah umat Islam. Kita perlu sentiasa berhati-hati dengan hal seperti ini kerana khurafat dan syirik adalah dosa besar.

Sumber: Lobakmerah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Add Comment