‘Saya Sanggup Tukarkan Nyaa wa Seandainya Diberikan Peluang Rasa Untuk Mengan dung’ – Genap 39 Hari, Isteri Pergi Buat Selamanya Selepas Bersa lin

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tahun 2009, saya kenal isteri saya dan masa itu kami sama-sama posting di Hospital Likas. Masa ini kami berkawan sahaja. Habis saja belajar, hubu ngan kami mula serius, mula keluar bersama-sama.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

10 November 2011, kami bertunang dan setahun kemudian, kami berkahwin pada 2 Disember 2012. 

Isteri saya ini selalu tolong isikan minyak kereta. Saya jenis pelupa. Asal dia guna kereta, mesti tangki minyak penuh. Kami sangat bahagian walaupun belum dikurniakan cahaya mata selepas tiga tahun perkahwinan. Namun, isteri saya mula tertekan kerana kerap kali disoal tentang anak bila pula ke kampung. 

Setiap kali selepas solat, air mata dia menangis teresak-esak meminta dikurniakan anak. Baru tiga tahun berkahwin, kami sudah diberi tekanan seperti ini. Bermacam-macam dugaan yang kami perlu hadapi sehingga tiub fallo pian isteri saya disahkan tersumbat, sempit dan ada ketum buhan.

Kami ikhtiar dan berubat, akhirnya isteri saya disahkan mengandung pada awal tahun 2016. Kami sangat gembira menerima perkhabaran yang amat mengujakan ini. Ternyata tuduhan orang di sekeliling yang kononnya kami man dul, adalah tidak benar. Mereka sepatutnya memberi sokongan kepada kami, bukannya menca ci ma ki.

Malangnya, isteri mengalami kegu guran ketika kan dungannya berusia tiga bulan. Tidak berapa lama kemudian, isteri disahkan mengan dung lagi, tetapi tidak lama selepas itu kegu guran sekali lagi dan sudah tiga kali isteri kegu guran.

Isteri banyak mengambil pelbagai jenis rawa tan dan ubat untuk menguatkan ra him.

Pada awal tahun 2017, sekali lagi isteri saya disahkan mengan dung. Kali ini kami berbincag agar dia mengambil cuti rehat dulu. Tetapi memandangkan cuti selama setahun tidak diterima, jadi isteri saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Isteri bekerja di hospital swasta, manakala saya di hospital kerajaan. Sepanjang tempoh mengan dung, isteri langsung tidak mengidam atau apa-apa alahan. Isteri sudah membuat segala persiapan, barang bayi, bilik sehinggalah seluruh rumah kami diubah dengan suasana seperti taska. Hehe! Comel.

1 Oktober 2017, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan wajahnya seperti saya. Semasa bersa lin, isteri saya mengalami kompli kasi kega galan perna fasan dan tumpah da rah sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Setelah empat hari kemudian, keadaan isteri semakin stabil dan dipindahkan ke wad. Di situlah dia membuka cerita. 

“Beruntungnya saya, bang. Saya minta dikurniakan zu riat untuk abang. Saya sanggup tukarkan nyaa wa seandainya diberi peluang rasa untuk mengan dung. Saya mahu buktikan kepada seluruh keluarga dan saudara mara yang menca ci saya bahawa saya tidak man dul,” katanya. 

Semasa isteri berada di ICU, dia berdoa agar dipinjamkan lagi sedikit masa untuk bersama-sama anak. Allah mendengar doanya dan akhirnya pada 8 November 2017, dia pergi mening galkan kami buat selama-lamanya kerana da rah beku.

Hari ini, ulangtahun perkahwinan kami yang kelima. Terima kasih sayang di atas hadiah yang tidak ternilai. Hadiah yang akan abang jaga dengan penuh kasih sayang. Allah, sedihnya namun saya redha. Isteri saya bukan pergi mening galkan kami tetapi dia berada di tempat yang lebih selesa setelah penat berjuang selama ini.

Tunggu kami di sana sayang. Abang dan baby Syah sayang Tia selama-lamanya. Terima kasih Allah kerana meminjamkan isteriku yang tersangat istimewa bagiku. 

Sekadar berkongsi rasa yang terpendam. Terima kasih. 

Sumber: Kisah Rumah Tangga Borneo

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: The Reporter

Add Comment