6 Ucapan Ini Jika Dilontarkan Ketika Ma rah Akan Buat Anak Ben ci Anda

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bila anak-anak semakin membesar pastinya anda akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah. Itu belum lagi bergaduh, berebut barang dan macam-macam. ibu bapa pula seharian penat bekerja akan cepat marah dengan kerenah anak-anak yang tak pernah berkesudahan.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Belajarlah untuk bersabar dan kawal kemarahan. Namun sekiranya anda terpaksa juga menunjukkan ketegasan anda kepada anak-anak pastikan anda tidak sekali-kali terlanjur mengucapkan kata-kata di bawah ini.Berikut 6 ucapan ini jika dilontarkan ketika marah akan buat anak ben ci anda :

1. “Tak guna betul”

Walaupun mungkin bagi anda kata-kata ini biasa anda lemparkan ketika marah dengan orang yang cari pasal dengan anda tetapi tidak pada anak. Apabila seorang anak mendengar kata-kata ini maka akan tertanam dalam hatinya dan mula belajar untuk tidak menghormati anda. Lebih teruk lagi mereka akan meniru dan mengucapkan hal yang sama kepada orang lain.

2. “Ini semua salah kamu!”

Anak-anak sangat memerlukan bimbingan serta panduan daripada ibu bapanya. Andai mereka buat silap anda patut tunjukkan yang betul bukannya terus menyalahkannya. Anda tidak boleh menghan curkan rasa percaya dirinya dengan mengatakan, “Ini semua salah kamu atau semua ini berlaku sebab kamu.”

3. “Lembap dan bo doh!”

Jangan kata anak, kalau kita sendiri di katakan begitu pasti rasa sedihkan. Anak-anak yang dimarahi dengan kata-kata begini akan jadi anak yang tidak memiliki percaya diri yang baik. Dia akan sentiasa rasanya dirinya tidak pandai malah buat apa pun gagal. Lama kelamaan anda yang akan hancurkan masa depan anak anda sendiri.

4. “Ja hat macam setan!”

Memang diakui emosi orang dewasa bila terlalu marah maka akan keluarlah kata-kata yang agak melampau. Namun ja hat bagaimanapun anak anda janganlah samakan dia dengan syaitan. Kawal emosi terutama bila berhadapan dengan anak-anak. Mereka tidak akan memahami apa yang anda hadapi malah tidak akan faham juga kalau anda katakan anda hanya bercakap tetapi tidak maksudkannya.

5. “Kamu ini kurang ajar betul!”

Kata-kata ini sangat tidak sesuai untuk anak yang masih kecil. Kalau mereka mela wan pun bukan kerana mereka mahu bersikap kurang ajar tetapi mereka sekadar memprotes dan tidak memahami pun apa yang dilakukan itu benar atau salah.

6. “Tidak boleh harap!”

Marah bagaimanapun pada si kecil namun jangan sesekali ucapkan kata-kata ini. Sekali anda katakan ia bagaikan satu lu ka yang sukar untuk disembuhkan. Ia seolah-olah anda merendahkannya dan tidak menghargai dia dalam hidup anda. Makin berulang-ulang kali anda mengatakan ucapan ini maka makin jauhlah si kecil dengan anda.

Kesimpulan

Ketika berada dalam keadaan marah, adakalanya ibu bapa melontarkan ucapan dan kata yang sepatutnya tidak diucapkan depan anak. Tidak ingat, ucapan apa saja itu? Berhati-hatilah dengan kata-kata yang tidak boleh diucapkan oleh ibu bapa pada anak-anaknya jika anda betul-betul sayangkan mereka dan mahu melihat anak-anak membesar menjadi anak yang berguna. Ingatlah bahawa orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. 

Sumber: Petua Ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *