Ini Kaedah Untuk Hilangkan Bau Blender Dengan Menggunakan Bahan Tersedia

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sekiranya blender (pengisar) anda berbau bawang atau cili, anda masih boleh merasakan keenakan jus dengan menggunakan blender sana. Cuma, bau tersebut perlu dihilangkan terlebih dulu.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

PETUA DAPUR YANG PERLU ANDA TAHU

Caara-caaranya, anda hanya perlu ada limau nipis 3 atau 4 biji. Hiris limau nipis dan masukkan ke dalam blender, kemudian masukkan air. Kisar blender tersebut. Kemudian basuh blender macam biasa. Anda akan dapati bau pada blender dah hilang. Kini anda dapat mengisar jus minuman dan rasanya pun lebih enak….. cuba ya

Halau Kutu Beras

Beras yang disimpan lama selalunya akan terdapat kutu beras. Untuk menghalau kutu2 beras ini, ambil beberapa helai daun serai, disimpul dan letakkan di dalam bekas simpanan beras itu. Dalam beberapa jam, anda akan dapati kutu2 beras itu akan keluar, mungkin kerana tidak tahan dengan bau daun serai itu.

Kurangkan Bau Petai

Untuk mengurangkan bau petai, rendam petai ke dlama air basuhan beras selama setengah jam.

Bawang Goreng Garing Lebih Lama

Untuk mengelakkan bawang goreng cepat lemau, rendamkan hirisan bawang yang hendak digoreng ke dalam air garam untuk beberapa ketika. Selepas itu bolehlah menggoreng. Hasilnya sangat menakjubkan.

Kuali Tidak Melekat

Untuk mengelakkan bahan gorengan melekat pada kuali, sebelum menggoreng, masukkan beberapa keping asam gelugur semasa kuali sedang panas. Lepas itu masukkan bahan yang hendak digoreng.

Tanggalkan Kesan Getah Nangka

Untuk menghilangkan getah nangka yang melekat di tangan atau di pisau, gosokkan hampas kelapa pada bahagian atau mana-mana tempat yang terdapat getah nangka. Anda dapati ianya sangat mudah ditanggalkan.

Hilangkan bau

Jika bekas makanan atau minuman terutamanya bekas plastik yang bertutup berbau, rendamkan hampas teh di dalam bekas makanan berbau itu semalaman. Keesokan harinya basuh seperti biasa. Anda akan dapati bau telah hilang.

Daun Kari Halau Lalat

Ambil beberapa tangkai daun kari dan letakkan di tempat-tempat yang selalu dihurungi lalat. Aroma daun kari mampu mengahalau lalat dan anda tidak perlu menghalau lalat secara manual.

Add Comment