Sukar Tidur Amalkan 4 Makanan Ini Membantu Anda Dapatkan Tidur Lebih Nyenyak

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tekanan membuatkan kita tidak nyenyak untuk tidur. Bukan itu saja, tekanan juga yang membuatkan seseorang mengalami gangguan insom nia atau susah tidur.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Insom nia mampu memberikan kesan buruk pada kesihatan selain menjadikan seseorang itu menjadi tidak fokus, MUDAH letih dan tertekan. Untuk mendapatkan tidur nyenyak setiap malam, tentu ada beberapa perkara yang perlu anda amalkan.

Bermula dengan pakaian yang anda pakai semasa tidur, kebersihan tempat tidur, suasana bilik tidur, serta makanan yang anda ambil sebelum masuk tidur. Jadi, untuk menyelesaikan masalah anda itu, terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda untuk tidur lebih nyenyak.

1. Kacang badam

Nutrisi yang terdapat pada kacang badam dipercayai membantu untuk melenturkan otot – otot tubuh dan saraf pada otak punca kepada insom nia. Beberapa kajian mendapati bahawa nutrisi pada almond MAMPU menjaga kestabilan paras gula da rah ketika seseorang sedang tidur. Untuk dapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, cubalah untuk mengamalkan kacang badam sekurang-kurangnya 5 – 7 butir setiap hari.

2. Buah pisang

Apabila anda ingin tidur nyenyak dan berkualiti setiap malam , amalkan buah pisang 2 atau 3 jam sebelum tidur. Buah pisang kaya dengan kalium, magnesium dan beberapa mineral yang baik untuk otot semasa tidur. Kajian juga mendapati, pisang sangat baik untuk membantu tidur lebih nyenyak.

3. Telur Rebus

Salah satu penyebab gangguan tidur adalah kerana badan anda kekurangan protein. Jadi, untuk mendapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, pastikan anda memenuhi nutrisi protein dalam tu buh. Dan salah satu sumber protein tinggi yang paling MUDAH untuk didapati adalah telur. Dengan mengamalkan telur rebus sebelum tidur, ia akan membantu anda mendapatkan tidur nyenyak hingga subuh.

4. Buah Ceri

Siapa yang tidak kenal dengan buah ceri? Buah merah ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan rupanya. Ia menjadi salah satu buah-buahan yang boleh membantu seseorang untuk mendapatkan tidur nyenyak serta berkualiti. Minum segelas jus ceri sebelum tidur untuk lebih cepat mengantuk dan tidur nyenyak lebih cepat.

Perlu anda ketahui, selain makanan tersebut, anda boleh amalkan hidup yang sihat dengan bersukan, serta pola makanan yang sihat untuk mendapatkan tidur lebih nyenyak

Add Comment