Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Penasihat kewangan Ameri ka Syari kat, Dave Ramsay, menyarankan satu kaedah mudah yang dinamakan sebagai kaedah snowball.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kaedah 1: Kaedah ‘snowball’
Menerusi kaedah ini, anda boleh menumpukan komitmen kewangan anda untuk membayar satu akaun hutang pada satu masa, manakala hanya membuat pembayaran minimum untuk akaun-akaun hutang yang lain.
Anda dinasihati untuk mengumpulkan sejumlah wang untuk tabungan kecemasan terlebih dahulu (misalnya, RM1,000).
Selepas itu, anda boleh menggunakan pendapatan anda untuk membayar setiap satu akaun hutang anda – satu persatu. Anda perlu menyenaraikan setiap hutang berdasarkan baki dan bayaran bulanan, dan anda perlu membayar akaun hutang yang mempunyai baki yang paling minimum terdahulu.
Dengan melangsaikan hutang dengan jumlah terendah dulu, anda akan dapat melihat hasilnya dengan lebih cepat. Pendekatan ini akan memotivasikan anda untuk terus membayar hutang anda sehingga semua baki dapat dijelaskan.
Selain itu, anda juga digalakkan untuk mengelakkan diri daripada membuat permohonan pinjaman peribadi yang baru dan mengurangkan penggunaan kad kredit.
Walau bagaimanapun, kaedah ini mungkin mengambil tempoh masa yang lama bagi menyelesaikan semua hutang yang ada, dan pembayaran minimum mungkin akan menyebabkan pengumpulan faedah yang memanjangkan tempoh pembayaran semula akaun-akaun hutang yang lain.
Kaedah 2: Kaedah ‘debt stacking’ atau kaedah penyusunan
Kaedah ‘debt stacking’ memerlukan anda menyenaraikan dan menyusun semula hutang anda mengikut kadar faedah, dan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi perlu dilangsaikan terlebih dahulu.
Contohnya, anda mempunyai 4 akaun hutang:

Contoh ‘Debt-stacking’.
Dengan menggunakan kaedah ini, anda disarankan untuk melangsaikan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi terdahulu, iaitu baki hutang kad kredit dengan kadar faedah 18%.
Pada masa yang sama, anda perlu membuat pembayaran minimum bagi akaun-akaun hutang yang lain. Sebagai contoh, jadual di atas menunjukkan hutang yang berjumlah RM1,493.96.
Untuk memastikan baki hutang tersebut dapat diselesaikan dengan kadar yang pantas, anda harus menggunakan semua wang lebihan anda untuk membayar baki hutang anda.
Jika anda memperuntukkan sebanyak RM1,600 untuk membayar hutang anda setiap bulan, anda akan menggunakan lebihan sebanyak RM106.04 (RM1,600.00 – RM1,493.96) untuk membayar hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi.
Selepas anda melangsaikan baki hutang tersebut, anda perlulah membuat pembayaran untuk hutang dengan kadar faedah kedua tertinggi pula dengan lebihan sebanyak RM256.04 (RM150.00 + RM106.04) dan seterusnya.
Kaedah ini dapat mengelakkan anda daripada membayar kadar faedah berganda kerana anda akan menyelesaikan baki pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tertinggi terdahulu. Namun, proses ini akan memakan masa.
Anda mungkin hanya akan melangsaikan akaun hutang pertama dan melihat hasil pembayaran dalam jangka masa yang lebih panjang berbanding kaedah ‘snowball’. Oleh itu, kaedah ini memerlukan disiplin diri dan komitmen yang tinggi.