Elakkan Kerja Lebih Daripada Lapan Jam Sehari

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ini ada satu artikel penting yang perlu dikongsikan kepada semua terutama yang bekerja. Risi ko tinggi yang bakal di hadapi sekiranya bekerja lebih masa atau lebih tepat jika kerja lebih lapan jam sehari. Lebih-lebih lagi jika pekerjaan kita lebih banyak dihabiskan dengan duduk di kerusi mengadap komputer. Kesan yang berbeza jika anda bekerja di luar yang memerlukan banyak pergerakan.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ramai memilih untuk kerja lebih masa sama ada untuk menambah pendapatan tambahan atau pun untuk menyiapkan kerja yang terlalu banyak. Pekerja sebenarnya boleh memilih untuk tidak kerap melakukan kerja lebih masa dan ianya ada dinyatakan dalam akta buruh. Namun bagi yang memilih untuk menambah pendapatan pastikan anda tidak terlalu memaksa diri sehingga badan terlalu penat.

Takrifan Kerja Lebih Masa

Menurut M.N D’ Cruz dalam A Handbook Of Malaysia Labour Laws (2003) kerja lebih masa adalah kerja yang dilakukan selepas tamat masa kerja biasa tetapi tidak termasuk kerja-kerja yang dilakukan pada hari cuti dan cuti umum

Kerja lebih masa adalah kerja-kerja rasmi atau hakiki seseorang pegawai atau jabatan yang dijalankan atas arahan ketua jabatan di luar waktu bekerja biasa yang telah ditetapkan, atau pada hari rehat mingguan atau pada hari kelepasan am.

Budaya Kerja Lebih Masa

Fenomena kerja lebih masa atau overtime bukanlah satu budaya asing di alam pekerjaan masa kini. Ada yang kerja lebih masa kerana perlu atau diminta untuk menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang ditetapkan dan ada juga yang bekerja lebih masa untuk mendapatkan elaun yang diberikan oleh majikan. Walau bagaimana pun, ada juga di kalangan individu cenderung untuk kerja lebih masa kerana seronok dengan kerja yang dilakukan.

Kesan dan Akibat Budaya Kerja Lebih Masa

Keletihan

Pekerjaan yang banyak melibatkan pergerakan, cenderung untuk meletihkan badan. Ini memang tidak dapat dinafikan kerana badan tidak mempunyai rehat yang cukup kerana bekerja lebih masa. Contohnya bekerja lebih dari 12 jam sehari.

Meletihkan minda

Selain badan minda juga turut terganggu kerana letih. Perkara ini biasa berlaku kepada pekerja yang banyak menggunakan fikiran dan tumpuan sewaktu bertugas.

Emosi terganggu

Emosi terganggu kerana kerja yang tidak dapat disiapkan di pejabat akan berlanjutan sehingga ke rumah. Apabila kita bertangguh, kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja semakin bertimbun. Akibat rasa tertekan, emosi menjadi tidak menentu.

Gangguan Produktiviti

Pekerja yang telah bekerja lebih masa akan mengalami penurunan daripada segi produktiviti. Tenaga dan daya manusia akan semakin lemah jika digunakan secara berlebihan. Apabila mata mengalami keletihan akibat tidur yang tidak cukup, tumpuan akan terganggu dan akan menyebabkan kita mengantuk. Akhirnya ini akan mengganggu produktiviti.

Risi ko burnout

Disebabkan masa kerja yang melebihi 8 jam sehari, risi ko untuk mengalami burnout akan berlaku. Walaupun terpaksa melakukan kerja lebih masa untuk memenuhi keperluan produktiviti dan kewangan, namun kerja yang berterusan akan menyebabkan keletihan daripada segi fizikal, emosi dan psikologi dan cenderung untuk mengalami burnout.

Seseorang individu akan mengalami Sind rom Tanggungjawab yang Kronik (Chronic Responsibility Syndrome) yang mana dialami oleh individu yang terlalu letih dengan beban kerja yang keterlaluan. Individu seperti ini selalu merasakan “terlalu banyak kerja untuk dilakukan dan hanya saya sahaja yang dapat menyelesaikannya”. Hal ini sering berlaku di kalangan mereka yang terlalu kuat bekerja.

Sekiranya pada masa ini anda sering bekerja selama lebih lapan jam sehari, apa kata anda cuba ubah rutin tersebut kepada masa yang lebih pendek kerana kerja lebih masa dikaitkan dengan risi ko mendapat sa kit jantung.

Menurut pengkaji, sesiapa yang bekerja dalam tempoh masa yang lama mempunyai risi ko sebanyak 80 peratus untuk mendapat masalah kardiovaskular itu. Kajian yang disiarkan dalam American Journal of Epidemiology itu menjelaskan bahawa pekerja yang kerap mengabdikan diri di pejabat mudah dise rang tekanan perasaan, darah tinggi dan amalan diet tidak tersusun. Perbuatan itu dikhuatiri boleh mengakibatkan sa kit jantung dan strok.

Kajian terkini oleh Institut Finlandia, Ame rika Syari kat itu digabungkan dengan hasil terdahulu di mana mereka yang bekerja lebih daripada 11 jam sehari memiliki risi ko sa kit jantung sebanyak 67 peratus.

Jelas pengkaji, keadaan itu berlaku akibat tekanan di tempat kerja yang menambahkan kandungan hor mon kortisol. Selain itu, tempoh tersebut turut mengganggu jadual diet dan mengehadkan aktiviti fizikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *