Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Daun kaduk diguna dengan caara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sa kit didada berhu bung dgn selaput dada (pleurosy) dan sa kit tulang belakang (lumbago).
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesa kitan otot. Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk, asma, keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pda kulit jari kaki (fungoid dermatitis).

Daun kaduk juga boleh dikunyah untuk menghentikan kesa kitan gigi. Suku Karen di Thai land mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C.
Daunnya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif, ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-mala ria. Air rebusan dari keseluruhan tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesa kit kencing manis.
PATI POKOK KADUK DAPAT MENCE GAH KEGEMUKAN
Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Berjaya menghasilkan pil mencegah kegemukan menggunakan pati pokok kaduk yang tumbuh meliar di hutan.
Pensyarah Pusat PengajianSains Farmasi USM, Prof Dr Zhari Ismail, berkata pil yang diberi nama ‘nobesiti’ itu mampu menghalang pembuluh da rah merebak keseluruh tisu badan bersama lemak makanan.
“Semua lemak yang terkumpul mampu dihalang dengan pengambilan pil ini kerana bahan aktif dalam pati kaduk, iaitu daripada daun, batang, buah dan akarnya mempunyai khasiat tersendiri.”
Beliau berkata, kajian yang dilakukan sejak 2005 mendapati pengambilan pati pokok kaduk boleh menyekat lemak dalam badan.
“Pil itu digunakan sebagai penghalang kepada pembentukan Pembuluh da rah baru yang menjadi punca utama obesiti.”
Prof Dr Zhari berkata, berbeza dengan produk lain, nobesiti bertujuan menghalang punca utama kegemukan iaitu pembentukan sel lemak dalam badan.
7 Khasiat Daun Kaduk
Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat;
sembelit
sa kit gigi
demam mala ria
lemah dan sa kit dalam tulang
Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat, hanya caaranya berbeza.
Semoga memberi manfaat.