Lima Gurau Senda Yang Suami Isteri Lupa Nak Buat, Walhal Inilah Amalan Rasulullah SAW

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ada yang kata lelaki Melayu ini tak romantik. Tak pandai bergurau senda dengan pasa ngan. Dah bertahun kahwin pun, nak pimpin tangan isteri masih malu-malu.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Bukan suami malu, tapi merasakan semua itu tak perlu. Fikirnya, cinta pasangan tak akan berubah dan sentiasa mekar di hati. Walhal mahu kekal bahagia dan romantis pasa ngan suami isteri perlu berusaha.

Apakah usaha yang perlu mereka lakukan? Pendakwah bebas dan penulis buku motivasi, ustaz Mohd Fikri Che Hussain berkongsi pandangan.

Sentiasalah Bergurau Senda Suami Isteri

Semua orang tahu hidup ini tak pernah sunyi dari masalah. Cubaan dan cabaran yang dilalui manusia dalam hidup sering membuatnya berasa terpinggir sehingga sukar untuk mengatasinya.

Oleh itu manusia sangat memerlukan sesuatu yang dapat memberi kehidupan dan semangat untuk bekerja agar hilang segala rasa bosan dan jemu dalam menghadapi kehidupan seharian.

Bagi tujuan itu, Islam membenarkan adanya gurau senda dalam rangka untuk mela hirkan suasana yang penuh kegembiraan dan kasih mesra antara suami isteri. Gurau senda ini penting bagi mela hirkan rasa harmoni dan menambahkan kasih sayang antara kedua pasa ngan.

Bahkan Rasulullah SAW sendiri dalam kehidupan Baginda sering sahaja bergurau senda dengan isterinya terutama ‘Aisyah yang dirakamkan menerusi hadis-hadis Baginda SAW seperti kisah berlumba lari, kisah mengangkat ‘Aisyah untuk menonton persembahan tarian tombak Habsyah dan sebagainya.

Maka semua gurau senda yang dilakukan oleh pasa ngan suami isteri itu boleh meneguhkan rumahtangga yang sentiasa bahagia.

Segala kelangsungan hubu ngan rumahtangga dengan gurau senda dan mencipta iklim yang menyenangkan penuh dengan senyum dan hilai tawa itu akan lebih menceriakan kehidupan sebenarnya.

Berlemah Lembut Ketika Menggauli Isteri

Suami sememangnya perlu bersikap lemah lembut kepada si isteri sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam satu sabdanya, “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” [Diriwayatkan oleh Abu Dawud]

Tentunya akhlak yang terbaik adalah kepada orang yang sering didampinginya iaitu isterinya, bukan hanya kepada rakan sahaja atau kenalan yang rapat sahaja dia berakhlak tetapi dengan isteri bersikap sebaliknya.

Hanya sewaktu ingin menggauli isterinya sahaja bersikap baik dan menunjukkan tingkah laku lemah lembut dan sebagainya.

Sepatutnya, jadilah seperti Rasulullah SAW yang bersabda dalam sebuah hadis, “Sebaik-baik orang di antara kamu adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah orang yang berbuat baik kepada isteriku.” [Diriwayatkan oleh Ibn Majah]

Jangan Malu Man di Bersama

Pasa ngan suami isteri dibolehkan man di bersama dalam satu tempat dan suami isteri juga dibolehkan saling melihat au rat masing-masing.

Ini berpandukan kepada riwayat dari ‘Aisyah yang mengatakan bahawa ‘Aisyah tidak pernah melihat aurat Rasulullah SAW adalah riwayat yang batil, kerana di dalam sanadnya ada seorang pendusta.

Malah Nabi SAW sering man di bersama para isteri Baginda seperti ‘Aisyah dan juga Maimunah r.anhuma.

Berhiaslah Untuk Suami.. Jangan Takut Lakukannya

Dalam bab berhias diri si isteri kepada suaminya, maka ia sebenarnya tidak terbatas. Ini kerana kedua mereka tidak ada lagi batasan aurat dan mereka adalah halal sepenuhnya.

Pergaulan antara suami isteri dikira mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah Taala dan tidak juga terhad hanya pada malam Jumaat sebagaimana tanggapan sesetengah masyarakat kita.

Setiap perkara yang halal itu akan diberi pahala yang besar sebagaimana perbuatan zii na yang haram tanpa perkahwinan yang sah itu dikenakan dosa besar.

Ini disebabkan persoalan perkahwinan ini adalah satu anjuran yang amat digalakkan kepada kaum muslimin bagi meramaikan umat Nabi Muhammad SAW.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *