Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Soalan: Apakah hu kum seorang bapa memeluk dan menci um anak perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa?
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Jawapan:
Seorang bapa memeluk dan menciu m anak perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rang sangan syah wat.
Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat merang sangkan syah wat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang lelaki menci um wanita yang mahram dengannya?” Jawab Imam Ahmad:
Maksudnya: “(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).”
Kata Ibn Muflih:
Maksudnya: “akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.” (al-Adab al-Syar’iyyah 2/256)
Di dalam al-Iqna’ (3/156) dinyatakan pula:
Maksudnya: “Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang dari permusafiran menci um wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ci uman pada mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.”
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:
Maksudnya: “Tidak boleh bagi seseorang lelaki menci um mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak boleh seorang wanita menci um wanita lain, berpe lukan dan bersen tuhan badan dan seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyah wat. Perkara ini tiada perbezaan di kalangan fuqaha’… adapun jika ciu man itu bukan pada mulut dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.”
Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH: “Apakah boleh seorang lelaki menci um anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada ci uman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak perempuannya yang menci umnya di tempat-tempat itu apa pula hu kumnya?”
Jawab beliau: “Tidak mengapa seorang lelaki menci um anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syah wat, dan dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan apa yang telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah menci um anak perempuannya ‘Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ci uman pada mulut kadang-kadang boleh menimbulkan syah wat, maka tidak melakukannya adalah lebih afdhal dan lebih berhati-hati.
Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh menci um bapanya di hidung atau kepada tanpa syah wat. Adapun jika beserta dengan syah wat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup jalan kepada perkara yang ke ji.” (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)
Wallahu a’lam.
Sumber : bin-sahak