Nampak Cikai Tapi Tinggi Vitamin C, Dktor Ini Saran Ajar Anak Makan Kacang Botol

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kacang botol merupakan salah satu ulam yang popular dalam juadah masyarakat Melayu kerana bukan sahaja digemari ramai malah mudah ditanam walaupun tidak dibaja. Rasanya yang rangup dan tidak keras paling enak dimakan ketika masih muda.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sama ada makan secara mentah dicicah bersama sambal belacan, ditumis, dibuat kerabu atau masak lemak rasanya tetap sedap. Namun, selepas anda membaca perkongsian daripada d0ktor ini, mungkin kacang botol akan menjadi juadah yang selalu dimasak di rumah.

Manakan tidak, kira-kira 18.3 mg Vitamin C yang terdapat dalam 100 gram kacang botol mampu mencantikkan kulit dan menguatkan sistem imun badan. Murah tapi sangat berkhasiat !

Ajar Anak Kita Makan Kacang Botol Ni

Nampak je cikai, hodoh dan murahan tapi khasiat kacang botol ataupun nama saintifiknya Psophocarpus Tetragonolobus sangat banyak! Sangat tinggi Vitamin C. Kira-kira 18.3 mg Vitamin C dalam 100 gram kacang botol ni. Nak anak kita kulit cantik ke sistem imun yang kuat ke boleh la bagi anak kita makan kacang botol ni.

Protein 100 gram kacang ni pun melebihi protein yang ada di dalam 100 gram soya! Lagi berkhasiat kalau dicicah dengan budu. Sedap pun dapat, khasiat prebiotik untuk kesihatan usus anak kita pun dapat!

Siapa kata semua makanan murah tak berkhasiat? Jom ajak yang lain borong kacang botol ni untuk buat juadah buka puasa dan sahur. Rebus ke makan mentah ke tak kisah, asal makan je.

Psst..tak ramai tahu pasal khasiat kacang botol ni tau. Sebarkan pada yang belum tahu ye.

Kami kongsikan sekali 3 resipi mudah untuk memasak kacang botol selain dari dibuat ulam. Mana tahu ada yang nak masak untuk sahur atau berbuka nanti. Selamat mencuba !

Kacang Botol Tumis Belacan

Bahan-bahan diperlukan:

20 tangkai kacang botol – dihiris 1 inci panjang

5 biji bawang merah – dikisar

4 ulas bawang putih – dikisar

7 biji cili merah – dikisar

1.5 inci belacan (kurang/ lebih ikut citarasa) – dikisar

Sedikit udang kering – dikisar

Garam secukup rasa

Minyak masak

Cara menyediakan dan memasak :

Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi.

Tumis hingga naik bau.

Masukkan kacang botol dan garam. Gaul sebati. Dah okey, boleh padamkan api.

Sedia dihidangkan. Jangan masak kacang botol terlalu lama, nanti lembik.

Sumber : Taufiq Razif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *