“Dah kerja dari pagi sampai ke tengahari, barulah aku perasan yang aku salah tempat kerja.” – patut kerja kedai mi bandung , salah kerja kedai lain

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Perkongsian lelaki ini buat ramai yang TERHIBUR, serius kelakar wehh!

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Netizen di media sosial tergelak membaca kisah lelaki ini yang melakukan ‘kesilapan’ dia hari pertama dia bekerja. Ezalaq yang sepatutnya bekerja di kedai Mi Bandung, secara tidak sengaja bekerja di kedai roti canai. Yang kelakarnya, pemilik kedai roti canai itu pula tidak mengesyaki apa-apa.

Tak sangka ada juga kes seperti ini. Hahahaha!

Hari ini, hari pertama aku bekerja. Aku salah kedai. Yes! Aku kerja di kedai yang salah dan aku baru tahu bila kedai itu dah ditutup. Ceritanya begini, aku kerja di warung makan biasa sahaja. Jadi, semalam aku dah whats app owner kedai nak kerja apa semua.

Dia suruh datang kerja pagi ini jam 7 pagi. Jadi, aku pun turun dan sampai di warung itu jam 7 pagi. Bila kau sampai, aku tanyalah pakcik yang buat roti canai itu. ” Ha, sayalah semalam yang whats app nak kerja tu.” Muka pakcik tu dah pelik semacam, lalu dia pun bertanya.

“Kau whatsapp siapa?” aku pun jawab lah “Saya pun tak sure saya whats app siapa”. Kemudia dia panggil isteri dia dan mereka berbincang seketika nak atau tidak ambil aku bekerja. Aku tak adalah ‘petak’ ke apa tapi macam pelik lah.”

“Kenapa baru sekarang nak berbincang? Bukan semalam dah setuju ke?” Kemudia diaorang pun kata, “Okeylah, boleh mula kerja hari ini.” Gaji semua sama, kerja pun sama. Tetapi aku mula berasa pelik bila pakcik itu kata, kedai ini dibuka jam 7 pagi hingga 12 tengah hari sahaja.

Tetapi kalau tak silap aku, yang whatsapp dengan aku itu kata kerja sampai lima petang. Ah, aku buat tak tahu saja lah. Bila dah kerja semua, dah kemas-kemas tutup kedai, aku pun on the way pulang ke rumah. Jalan depan sikit nampak kedai, kedai Mi Bandung.

Dan masa itulah aku baru tahu yang aku dah salah kedai!!! Aku baru teringat dalam whats app semalam, orang itu ada cakap signboard kedai dia ialah Mi Bandung. Hahahahahahahahahahahaha! Patutlah aku rasa pelik. Aku datang jam 7 pagi, dia ada whats app aku lagi tanya aku di mana.

Jadi itulah cerita aku hari ini. Hmm, pishang gais! Hahahaha! Yang kelekarnya dia ambil juga aku bekerja. Kalau dia reject tu boleh lah aku tahu yang aku dah tersalah kedai.

Aku pun cerita lah perkara yang sebenar kepada owner kedai Mi Bandung tu. Dia just gelak saja dan tanya aku nak kerja di mana selepas ini. Aku buat keputusan untuk kerja di kedai roti canai itu je. Hahahaha!

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq.

SUMBER : Ezalaq via coretanmedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *