Selepas Grad, Saya Nak Jaga Ibu Ayah di Kampung. Graduan Menganggur Berbakti Di Kampung

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tidak dinafikan, saingan untuk mendapatkan apa-apa pekerjaan kini semakin sengit dan sukar ekoran bilangan graduan universiti yang semakin bertambah setiap tahun.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Setiap pelajar pastinya menginginkan pekerjaan yang bersesuaian dan menepati jurusan yang telah dipelajarinya ketika di universiti. Malah, kebanyakan graduan yang menganggur hanya mahu menerima pekerjaan yang menepati dan bersesuaian dengan aliran yang dipelajari.

Tular baru-baru ini, di laman Twitter Solihin Yasin, apabila dia mengambil keputusan untuk bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan cendawan tiram di rumahnya sendiri. Muat naik Solihin telah mendapat lebih 3 ribu tanda suka dan telah diulang kicau lebih daripada 10 ribu pengguna.

Memiliki ijazah namun peluang pekerjaan adalah terhad

Solihin, 25, memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Marin dari Universiti Malaysia Terengganu. Menurutnya, dia mahu menjaga kedua-dua orang tuanya di kampung yang semakin uzur, di samping peluang pekerjaan yang terhad di kawasan tempat tinggalnya.

“Kebanyakan pekerjaan yang berkaitan bidang saya beroperasi di daerah-daerah besar. Saya terpaksa keluar daripada Batu Pahat, namun saya pilih untuk tinggal di sini demi orang tua saya.”

Mahu bekerja sambil menjaga ibu dan ayah

Solihin nekad untuk tidak menoleh ke belakang selepas empat tahun bergelut mencari pekerjaan dan mengambil keputusan untuk bergiat dalam bidang baharu iaitu pertanian.

“Cendawan ni hidup dalam bangsal pun boleh. Memandangkan saya tinggal di kampung, saya juga boleh berbakti kepada orang kampung untuk jana pendapatan sampingan.”

Kembangkan perniagaan secara online

Hasil titik peluh dan semangat Solihin sememangnya menampakkan hasil sejak dia memulakan perniagaannya pada tahun lalu. Dia juga cuba untuk mengembangkan perniagaannya dengan menggunakan medium atas talian untuk menjual cendawannya di Shopee dan e-Dagang.

“Mulanya memang rugi, tapi selepas nampak perkembangan sedikit, saya beranikan diri untuk iklankan secara atas talian.”

Harga jualan Solihin yang rendah juga menjadikan perusahaannya terkenal. Dia juga turut menasihati golongan mahasiswa atau graduan supaya tidak ‘manja’ ekoran keadaan ekonomi di negara ini yang tidak menentu.

Sumber: Twitter SolihinYasin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *