Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Sebenarnya banyak lagi khasiat dan kebaikan buah yang dikenali dengan nama saintifiknya psidium guajava ini. Buah jambu batu kaya dengan vitamin C, likopena dan antioksidan yang baik untuk kulit. Jambu batu juga kaya dengan mangan yang mampu membantu tubuh untuk menyerap zat-zat lain daripada makanan yang kita makan.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Sifat-sifat antipenuaan
Jambu batu kaya dengan vitamin A, vitamin C, dan antioksidan seperti karotena dan likopen yang dikatakan mampu membantu melindungi kulit daripada kedutan.
Wajah cerah dan segar semula
Ini kerana jambu batu mengandungi sumber vitamin K yang mampu membantu mengurangkan masalah kulit tidak sekata, tompok gelap, kemerahan dan iritasi akibat jerawat.
Kandungan astringen yang tinggi dalam jambu batu juga dikatakan boleh digunakan untuk menegang dan mengetatkan wajah. Caranya adalah dengan menyapu ramuan daun dan buah jambu muda yang telah dihancurkan pada wajah anda.
Perang sang kekebalan
Tahukah anda jambu batu salah satu buah yang kaya sumber vitamin C? Jambu batu memiliki 4 kali kandungan vitamin C jika dibandingkan dengan oren. Vitamin C membantu memperbaiki kekebalan dan melindungi tubuh daripada jang kitan dan pathogen.
Merendahkan risi ko kan ser
Likopena, quercetin, vitamin C dan polifenol lain bertindak sebagai antioksidan yang akan meneutralkan radikal berbas yang dihasilkan dalam tubuh, sekaligus mence gah pertum buhan sel-sel kan ser.
Mesra dia betes
Jambu batu kaya serat dan rendah indeks glisemik. Ia dikatakan mampu mence gah perkembangan dia betes. Sementara itu, rendahnya indeks glisemik menghalang kenaikan tahap gula dalam da rah secara tiba-tiba. Kandungan serat memastikan tahap gula teratur dengan baik.
Menyihatkan jan tung
Jambu batu memperbail keseimbangan garam dan potassium tubuh sekaligus mengatur tekanan da rah bagi pes kit yang mengalami hipertensi. Jambu batu turut membantu merendahkan tahap trigliserid dan koles terol jahat (LDL) yang menyumbang kepada pembentukan penya kit jantung. Jambu batu memperbaiki tahap koles terol baik.
Merawat sembelit
Sebagai salah satu buah yang kaya sumber serat pemakanan jika dibandingkan dengan buah-buahan lain, hanya sebiji jambu batu memenuhi 12 peratus nilai pengambilan serat yang dicadangkan untuk tubuh. Sebab itu jugalah jambut batu baik untuk kesihatan pencernaan. Kunyah dan makan biji jambu batu kerana ia mampu bertindak sebagai penjulap baik.
Memperbaik penglihatan
Berikutan dengan kehadiran vitamin A, jambu batu terkenal sebagai perang sang kesihatan penglihatan. Ia mampu mence gah kemerosotan penglihatan dan mampu memperbaik penglihatan. Ia juga mampu memperlahankan kemunculan katarak dan kemerosotan macular. Walaupun jambu batu tidak kaya vitamin A seperti lobak merah, tetapi ia masih mengandungi sumber zat yang terbaik.
Baik untuk wanita ha mil
Wanita banyak mendapat manfaat apabila memakan jambu batu kerana buah ini mengandungi folat, sejenis mineral yang mampu membantu merang sang kesu buran. Jambu batu mengandungi a sid folik atau B9. Ia disyorkan untuk wa nita ha mil kerana ia dikatakan boleh membantu dalam pembentukan sistem sa raf ba yi dan melindungi ba yi yang lahir daripada masalah neurologi.
Penentang tekanan
Kehadiran magnesium dalam jambu batu mampu membantu merehatkan otot-otot dan sa raf-sa raf tubuh.
Baik untuk minda
Jambu batu mengandungi vitamin B3 dan vitamin B6, yang turut dikenali sebagai niasin dan pyridoxine. Ia dikatakan mampu memperbaiki peredaran da rah ke otak, merang sang fungsi kognitif dan menenangkan sa raf.
Mengurangkan berat badan
Makan buah jambu jika mahu mengurangkan berat badan. Ini kerana jambu batu mampu mengurangkan berat dan mengatur metabolism anda tanpa menjejaskan pengambilan protein, vitamin dan serat. Paling penting, jambu batu kurang gula jika dibandingkan dengan buah-buahan lain.
Apa lagi. Jom makan jambu batu!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih