Anak-anak, Ibu sudah tua di kampung, temankan lah, jangan biarkan beliau berseorangan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ibu dan bapa adalah golongan yang paling berjasa di dalam hidup kita. Merekalah yang membesarkan kita sejak kecil dahulu. Mereka jugalah yang paling bersusah payah untuk membesarkan kita (anak-anak). Ada ibu bapa yang berjaya membesarkan sehingga memiliki berbelas anak-anak. Kesemuanya ditatang sehingga dapat membesar dengan sempurna.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Namun ketika hari tua, mereka sering ditinggalkan sendiri. Hidup mereka yang dulunya riuh rendah dengan telatah anak-anak,kini menjadi sepi. Termenung ibu bapa di muka pintu setiap hari. Menunggu kepulangan anak. Tapi tiada yang peduli. Ingatlah anak-anak sekalian,walaupun mulut mereka kata, “ibu tak kisah duduk seorang” tetapi dalam hati mereka siapalah yang tahu. Jagalah mereka. Temankanlah mereka. Besar ganjarannya.

IBU SUDAH TUA, JANGAN BIARKAN DIA SENDIRI

Hari ini keluar pergi bazar Ramadhan. Isteri mahu beli kuih muih. Terkeluar cerita guru di sekolahnya yang baru balik dari umrah.

Guru itu bercerita,

“Kali ini Allah mahu uji saya. Kenapa?

Saya tinggal sebilik dengan wanita usia 70an. Ke mana sahaja mahu pergi, perlukan teman. Kita yang tiada kena mengena terpaksa bantu wanita itu.”

“Anak-anaknya tidak temankan dia?”

Tanya guru lain yang dengar ceritanya.

“Kemudian, cucunya siap kirim supaya nenek dibelikan jubah jenama sekian-sekian. Terpaksalah saya dan kawan bantu mencari barang-barang dikehendakinya.”

Sahabat-sahabat,

Jangan biarkan ibu sendirian. Dia perlukan teman apabila usianya mencecah 70 tahun. Walaupun dia wanita kuat dan mampu menjaga berbelas anak-anaknya. Dia tetap perlukan seseorang di sampingnya.

Walaupun kita mampu sponsor pakej umrah premium setiap tahun, temanilah ibu di sana. Dia lubuk pahala buat anak-anak.

Berbakti kepada ibu bapa ibarat menangkap ikan dengan pukat tunda. Segala mak nenek binatang masuk ke dalamnya. Pahala berganda-ganda, hidup bahagia aman sentosa.

Membahagiakan ibu bukan dengan membelanjanya dengan pelbagai kemewahan. Cukuplah membawanya ke mana-mana yang dia suka. Walaupun di pondok durian di dusunnya. Walaupun menziarahi rakan sekolah lamanya.

Seorang ibu yang baik tidak akan meminta-minta. Dia mahu kita memahami apa yang dia rasa.

Dekati rakan sahabat handainya. Kita akan tahu siapa ibu sebenarnya di luar pandangan kita. Saya tidak kesampaian untuk melakukan hal itu. Saya hanya sempat 5 tahun sahaja. Suaranya saya hampir lupa.

Mohon jangan biarkan ibu sendirian.

Sumber: tzkrh

Add Comment