Gaji Hanya RM800 Sebulan, Tapi Mampu Kumpul RM12K Dalam 3 Bulan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Setiap dari kita pasti punya keinginan membeli sesuatu bila dapat gaji setiap bulan kan? Kasut baru, baju baru, rumah baru, kereta baru, dan telefon pintar baru! tetapi kekangan kewangan selalu menghalang, kerana kita punya komitmen yang tinggi ikut kos kehidupan sekarang.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ramai antara kita yang mengeluh apabila terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk berbelanja sekarang ini.

Tetapi pemuda ini kongsi cara mudah untuk kumpul RM12,000 dalam masa 3 bulan! wow!

Simpan RM12,000 dalam masa 3 bulan!

Dengan keadaan ekonomi yang membebankan dan kos sara hidup yang tinggi, terasa berat je nak keluarkan duit.

Nak buat tabung simpanan tu pula nampak macam mustahil. Tapi posting daripada pemilik Twitter ini buktikan ia boleh dilakukan.

Syafiq Mustafa berjaya menyimpan sebanyak RM12,000 hanya dalam tempoh 3 bulan.

Tetapkan matlamat dengan betul

Untuk elakkan sentiasa berbelanja, katanya pertama sekali kita kena tetapkan matlamat kenapa kita nak menyimpan duit tu.

Nak kahwin ke, beli kereta ke, beli rumah ke, niat nak tunaikan haji ke. Barulah kita semangat nak menyimpan!

Syafiq dakwa, gaji pokok diperolehi cuma RM800/bulan. Mana cukup kan? Jadi carilah kerja sampingan.

Sorok tabung tempat susah jumpa

Yang peliknya, dia ni simpan semua duit hasil kerja sampingan tu dalam tabung. Tapi lepas tu tabung tu disorokkan pula kat tempat yang susah nak jumpa.

Dah kenapa?

Nak duit simpanan banyak tapi nak menyimpan tu pun korang berkira-kira, sayang duit sangat pun tak boleh juga!

Guna tabung yang kecil

Dakwa menggunakan teknik psikologi, menurut Syafiq dia lebih bersemangat nak menyimpan bila tengok duit sentiasa nak penuh dalam tabung tu.

Rupa-rupanya selama ni gaji dia cuma RM800 je, tu yang dia jadi freelance photographer.

Lepas tu dia masukkan semua duit hasil kerja freelance tu dalam tabung, bukan dalam bank!

Ikut kemampuan diri

Dengan gaji cuma RM800, mustahil boleh berjaya mengumpulkan duit sebanyak RM12,000 dalam tempoh tiga bulan kan?

Tapi kenalah juga ikut kemampuan diri sendiri.

Ye, betul tu. Rezeki tu Allah swt yang bagi, itu pun kita kena percaya dan ingat juga.

Mula-mula mungkin macam susah sikit nak ikut cadangan Syafiq ni tapi kalau kita cuba perlahan-lahan, siapa tahu akhirnya berjaya juga menabung.

Kalau tak menyimpan dari sekarang, sampai bila-bila pun tak dapat kumpul duit kan?

Sumber: IndahnyaIslam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *