Baru Kahwin menantu dah buat pera ngai, Kesian, mak mertua dilayan seperti pemban tu rumah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Nama aku Sara Banon. Bukan nama sebenar. Aku dibesarkan dalam keluarga yang majoritinya lelaki. Aku anak kedua bongsu. Aku ada 3 orang abang dan sorang adik lelaki. Semua adik-beradik aku dah kawin. Aku masih bujang jadi semua ipar aku, role model untuk aku. Itu yang aku harapkan. Tapi sayang, aku rasa aku tak patut contohi diorang.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Aku cikgu di Sabah. Kalau ada waktu lapang, aku akan balik ke Semenanjung sebab aku tak boleh berpisah lama-lama dari ibu aku. Aku harap, ipar yang duduk serumah dengan ibu dapat jaga ibu dan biarkan ibu rehat tapi sebaliknya, diorang yang rehat. Sedih bila aku dapat tahu semua ni.

Adik ipar aku orang kampung. Nak kata anak orang kaya ada pembantu rumah, tak. Dulu waktu pergi meminang, mama dia selalu cakap anak dia tak pandai masak, nanti tolonglah ajar. Aku fikir, tu ayat standard mak-mak untuk biar anak dia nampak tak menunjuk. Biar merendah diri. Aku bersangka baik. Dan adik aku tu baru 23 tahun dah sibuk nak kahwin, terpaksa kami turutkan memandangkan dia selalu keluar dengan kekasih dia tu. Aku dengan ibu risau jika kami halang, diorang buat mak siat siapa nak bertanggungjawab? Baiklah mencen gah.

Selepas nikah, diorang duduk sekali dengan ibu. Aku balik Sabah. Aku selalu telefon ibu bertanya khabar. Setiap kali aku telefon, ibu selalu lambat jawab. Katanya, dia ada kerja. Sebelum ni, tak macam tu. Kalau sibuk pun, tak sekerap ni. Aku bersangka baik lagi.

Satu hari tu, cuti sekolah. Aku seperti biasa, teruja nak jumpa ibu. Sampai rumah, aku tengok ibu dah siap hidangkan lauk. Dari Sabah aku tahan lapar semata-mata nak makan masakan ibu. Rindu. Adik ipar aku keluar bilik, cantik. Wangi. Kami makan, lepas tu dia tak cakap banyak dan terus masuk bilik semula.

Dia malu. Tak biasa dengan aku. Tapi, seminggu aku di rumah tak pernah nampak dia tolong ibu memasak. Ya aku tahu mama dia ada beritahu adik ipar aku ni tak pandai masak. Tapi takkanlah sampai tak keluar bilik, sekurang-kurangnya tolong ibu masak. Kupas bawang ke, siang udang ke, kacau-kacau masakan dalam kuali pun jadilah.

Aku bersangka baik lagi. Mungkin dia malu dengan aku. Satu hari tu, aku ajak ibu keluar. Aku tak bawa adik ipar sebab dia kan malu dengan aku dan langsung tak keluar bilik. Aneh betul dia. Lepas dah puas jalan-jalan dengan ibu, kitorang keluar makan dan balik rumah. Tahu tak, adik ipar aku langsung tak masak. Stok makanan segera memang payah nak ada kat rumah sebab keluarga aku bukan jenis makan semua tu. Dia keluar bilik dan cakap lapar. Masa tu aku dah rasa lain macam.

Seriuslah adik ipar aku ni? Kau buat apa je kat rumah?

Aku pun ambil masa bertenang dan cuba bersembang dari hati ke hati dengan ibu. Masa tu baru aku tahu, selama ni adik ipar aku tak pernah nak tolong ibu aku di dapur. Adik aku kalau balik kerja, berkurung dengan isteri dia dalam bilik. Kadang-kadang diorang keluar makan di luar tanpa bawa ibu. Kalau cuti hujung minggu, adik ipar aku suka habiskan masa menonton TV. Ibu tak sampai hati nak tegur sebab sebelum ni kes macam ni pernah berlaku antara ibu dengan kakak ipar.

Waktu tu aku rasa nak mengamuk.

Aku saksi apa yang berlaku. Pernah, konon-konon nak buat kejutan untuk ibu. Aku balik tanpa beritahu. Sampai rumah, aku yang terkejut. Ibu di dapur sibuk memasak dan dalam masa yang sama ibu jemur pakaian. Sekejap di luar, sekejap di dalam rumah dan kakak ipar aku di depan TV sambil makan kerepek dan main telefon. TV terpasang. Memang dah serupa tuan rumah dengan pembantu rumah.

Ibu aku bukan larat sangat. Umur ibu dah masuk 62 tahun. Menitis air mata aku waktu tu. Tapi aku tetap bersangka baik. Dan bila sepanjang cuti aku di rumah, aku hadap sendiri apa yang berlaku, aku beritahu abang aku. Aku beritahu elok-elok tapi dia tuduh aku buruk-burukkan isteri dia. Lepas tu, pagi esok tu dia terus pindah. Sejak tu hubu ngan kami tak berapa baik.

Kadang-kadang aku tebalkan muka pergi ziarah abang dan kakak ipar di rumah diorang. Astaghfirullah, rumah semak. Dengan baju letak sana-sini. Bersepah. Ibu pun malas nak layan.

Dan kejadian yang sama berlaku sekarang. Adik ipar aku. Aku tak nak perkara yang sama berulang lagi. Kesian ibu tapi aku dah tak tahan. Bagi aku, keterlaluan sangat. Dan aku tahu juga kenapa ibu selalu lambat jawab kalau aku telefon. Sebab ibu sibuk buat kerja. Kesian kalau menantu dia tak ada apa nak makan.

Sebelum adik aku kawin, ibu sorang-sorang di rumah kalau semua anak-anak pergi kerja. Kadang-kadang ibu beli roti saja di kedai. Ibu tak berapa ada selera makan. Kalau lapar, makan roti saja. Tak pun, beli pisang goreng kedai hujung jalan. Sebab tu banyak saja masa ibu untuk berehat. Dan ibu memang tertunggu-tunggu aku telefon. Cuma sekarang, ibu terpaksa sibukkan diri.

Aku nak tegur adik aku tapi aku risau perkara yang sama berulang lagi. Aku nak bawa ibu tinggal dengan aku, ibu tak nak. Buntu aku.

Jadi aku nak pesan untuk menantu yang duduk dengan mentua, tolonglah jangan layan mentua korang macam pembantu rumah. Kalau dapat mentua yang baik, tolong hargai.

Korang bawa imej keluarga korang sendiri. Kalau tak reti masak sekalipun, korang buatlah kerja rumah yang lain. Menyapu, jemur pakaian dan pergilah duduk sebelah mentua tu sampai dia selesai masak. Jangan terperap dalam bilik atau suka-suka hati tonton TV. Belajarlah. Bertanya. Cuba buat kerja sama-sama walaupun bukan korang yang masak. Takkanlah sampai nak potong bawang pun tak reti? Kalau tak reti, boleh belajar.

Ingat, dunia ni seperti roda. Jangan suatu hari nanti korang terima layanan yang sama daripada menantu korang.

SUMBER iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *