Elakkan Makan 6 Makanan Ini Semasa Daa tang Buu lan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kalau boleh jangan main bedal semua benda, kena tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Menerusi Rahsia Hawa, ini antara 6 senarai makanan yang tidak digalakkan untuk diambil wanita semasa datang bulan.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Daging

Daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sa akit di bahagian raa him. Ia boleh menambahkan kesa akitan pada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam ataupun ikan.

Ais Krim

Siapa yang tak sukakan ais krim, walau sa akit macam manapun pasti ais krim dicarinya. Untuk pengetahuan anda, produk tenusu mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika anda terasa nak makan ais krim, anda boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.

Snek/Kerepek

Snek seperti kerepek mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembang.

Coklat/Biskut/Kek

Makanan bergula dikatakan boleh meningkakan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut jadi lebih teruk.

Kopi

Anda pencinta kopi yang tegar? Mungkin sukar untuk meninggalkannya. Walaubagaimanapun, kafein merupakan salah satu penyebab senggugut. Untuk menggantikan kafein, anda boleh bertukar kepada teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.

Minuman Tenaga

Minuman tenaga juga mengandungi kafein dan ianya tidak bagus bagi wanita yang sedang datang bulan. Selain itu, ia mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini boleh menambah kesa akitan di perut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *