Buat Keropok Dengan Lebihan Nasi, Jimat dan Paling Penting Enak Rasanya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bagi yang biasa makan nasi untuk bersahur, adakalnya tidak habis. Jika anda tidak mahu menyimpannya sehingga waktu berbuka sehingga petang, sebaiknya jangan dibuang. Selain dijadikan apam nasi untuk juadah berbuka, anda juga boleh menghasilkan kerokok daripada lebihan nasi tadi.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Nak tahu macam mana caranya? Jom tengok resipi di bawah ini.

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi sejuk, rendam 1 jam
1 mangkuk tepung ubi / secukupnya
3 ulas bawang putih

1 sudu teh ketumbar
1 batang daun bawang saya ambil yang hijaunya saja. Hiris nipis garam secukup rasa
Stok ayam/ kiub ayam

Langkah-langkahnya

Kisar nasi, bawang putih, ketumbar sampai halus.
Masukkan garam, hirisan daun bawang dan kiub ayam. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat.

Angkat adunan dan bentukkan lonjong (seperti keropok lekor batang) dan rebus dalam air mendidih sehingga terapung sendiri.

Angkat dan potong nipis, kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.

Hasilnya, keropok yang rangup apabila digoreng.

sumber : Petua Ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *