Mungkin Tabiat Yang Membuatkan Anda Pokai

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Jika setiap bulan perbelanjaan anda hanya sekadar cukup-cukup dan tidak mampu untuk menyimpan. Mungkin anda tidak sedar bahawa anda sebenarnya berbelanja melebihi keperluan dan budget anda sendiri.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Mari kita audit diri sendiri dan lihat dimana ketirisan kewangan dalam perbelanjaan seharian kita. Mungkin berikut adalah tabiat harian anda yang menyebabkan anda pokai.

1. Selalu Makan Luar

Jika anda sudah berkeluarga, percayalah bahawa memasak di rumah adalah lebih menguntungkan. Dengan bahan mentah sekitar RM50, anda boleh menyediakan hidangan makan malam untuk 2 orang selama 4 atau 5 hari.

2. Barangan Berjenama

Anda perlu tahu bahawa ada juga barangan yang tidak berjenama tapi mempunyai kualiti yang tinggi. Jangan membeli disebabkan jenama! Belilah kerana kualiti.

3. Sering Menukar Gadget

Perkembangan dunia teknologi terlalu pantas, anda tidak mampu mengejarnya. Jangan biasakan diri untuk menukar gadget setiap kali terdapat keluaran baru.

4. Mero kok / va ape
Umum sudah tahu bahawa mero kok tidak mendatangkan faedah malah memberi kesan bu uruk kepada kesihatan dan juga poket anda. Berusahalah untuk berhenti mero kok kerana ia mampu menjimatkan perbelanjaan bulanan.

5. Keta gih Online Shopping

Jangan terlalu asyik melayari laman web online shopping. Anda mungkin terbeli sesuatu yang bukan keperluan anda. Sebaiknya elakkan membuka laman web tersebut melainkan ada sesuatu yang anda ingin beli.

6. Tol & Petrol

Kurangkan antiviti luar yang jauh dari tempat tinggal anda. Lagi jauh perjalanan anda, lebih banyak kos untuk minyak dan tol yang anda perlu keluarkan.

7. Minuman Manis

Kurangkan pengambilan minuman manis ketika makan. Ia bulan sahaja bagus untuk kesihatan malah menjimatkan. Banyakkan minum air kosong ketika waktu makan tengah hari atau malam.

8. Penggunaan Internet

Kaji semula tahap penggunaan internet anda setiap bulan. Adakah penggunaan anda berbaloi dengan langganan yang anda bayar setiap bulan untuk pakej telco yang diambil.

9. Menonton Wayang

Jangan teruja untuk menjadi yang terawal menonton filem terbaru. Baca dahulu review dari penonton lain agar anda tidak menonton filem yang membosankan. Limitkan berapa filem yang anda boleh tonton dalam sebulan. Jangan jadikan amalan menonton wayang sebagai rutin anda.

10. Siaran TV Berbayar

Kaji semula adakah berbaloi untuk anda bayar siaran tv berbayar setiap bulan. Ramai dikalangan kita membayar hampir RM200 sebulan untuk siaran tv tetapi hanya sempat menonton tv beberapa jam sahaja kerana kesibukan diri dengan hal lain.

Ini hanya sekadar pandangan kami di yang mungkin menjadi faktor ketirisan perbelanjaan setiap bulan. Apa yang penting adalah bagaimana anda mengawal perbelanjaan anda agar tidak membelanjakan sesuatu yang tidak setimpal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *