Petua “Pelaris” Jadi Kaya Dari Dato’ Ini Pasti Buat Anda Termenung Panjang Dan Tepuk Dahi

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Dari dulu saya amalkan perkara ni, Alhamdulillah rezeki sentiasa mencurah-curah. Selain kita amalkan sedekah & Solat Dhuha, ada lagi ‘PELARIS’ bisnes yang ada dalam rumah kita je”

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Itu antara dialog awal dalam bual santai aku bersama Dato’ Kamarul, pengasas jutawanproduk. Suspen aku dibuatnya, hati membuak-buak nak tahu petua tu.

Ke Dato’ ni percaya tok bomoh?

“Kita tak perlu percaya pada amalan syirik, tak perlu jumpa tok bomoh di puncak gunung ke, sedangkan ‘pelaris’ bisnes kita ada tidur sekatil dengan kita, bagi yang dah berkahwin”

“Ya, bagi si suami, isteri adalah ‘pelaris’. Bagi si isteri, suami lah ‘pelaris’ kepada bisnes kita”

“Cuba tanya pada diri kita, berapa kerap kita stress di rumah, berga aduh suami isteri, sebab bisnes kita?”

Termenung kejap aku, bila soalan tu ditanya oleh Dato’ Kamarul.

“Bila kita saling membahagiakan pasangan kita, barulah perkahwinan itu boleh jadi pembuka 1001 rezeki kepada kita”

Setiap bait kata-kata dari Dato’ Kamarul yang lebih selesa dipanggil ‘Abang Kamarul’ ni, kerap kali diselangi dengan gelak tawa, senyuman dia pada Kak Aisyah, isteri beliau.

Cara perbualan mereka berdua pun boleh buat kita nak ‘po tong kaki’ sebab terlalu sweet.

Hasil dari perbualan panjang tu, ini antara dialog yg aku sempat catatkan. Maafkan aku kalau ada tertinggal petua-petua lain.

1.“UCAP TERIMA KASIH PADA PASANGAN KITA”

“Berapa ramai dari kita yang sentiasa ucapkan terima kasih pada pasangan kita? Si suami, jika balik dari office, ucapkan terima kasih pada isteri sebab jagakan anak dan rumah untuk kita”

“Si isteri, ucaplah terima kasih pada si suami, kerana dah letih seharian berusaha untuk keluarga.”

Nampak simple, tapi ramai sangat terlupa bab ni.

2. “JANGAN UNGKIT TENTANG USAHA KITA”

“Berapa ramai suami yang kerap ungkit usaha dia bila berga aduh dengan isteri?”

“Bila berga aduh, mula lah, si suami kata, dia dah letih seharian cari duit untuk keluarga, jangan bagi dia stress lah, itu lah”

“Cari nafkah itu memang tanggungjawab kita, jangan diungkit. Jika mula ungkit, itulah permulaan kepada masalah rezeki kita”

3. “JANGAN SEMBANG PASAL BISNES BILA DAH MASUK BILIK TIDUR”

“Anggap lah bilik tidur ni khas untuk berka sih sayang saja. Tinggalkan segala perkara lain di luar pintu bilik tidur.”

“Usah cerita walau sepatah pasal perkara berkaitan bisnes bila dalam bilik tidur”

“Kalau atas katil sebelum tidur pun kita sibuk main fon kononnya ‘bernet working’ dengan sahabat FB, itulah permulaan kepada masalah rumahtangga.”

4. “MINTA MAAF SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR DENGAN PASA NGAN KITA”

“Kita manusia tak terlepas dari buat silap. Ada masa kita terlepas cakap, terbuat pasangan kita terasa hati, jadi minta maaf lah setiap kali sebelum tidur”

“Jangan tunggu hari raya saja. Saling bermaafan. Jadikan ini amalan harian”

Dato’ dan Datin ketika bercuti di Eropah

5. “BERMAN JALAH SEPERTI KANAK-KANAK”

“Jangan keras sangat hati kita. Konon dah terlalu tua untuk berman ja dengan pasa ngan.”

“Cuba lah berman ja seperti seorang kanak-kanak, tiada tembok ego bila kita kecil-kecil dulu untuk berman ja”

“Bermanjalah, hidup ini sangat singkat untuk serius sepanjang masa.”

Kata Dato’ Kamarul, cuba lah amalkan 5 perkara ini saja dulu. Lihat sendiri perbezaan hidup kita lepas t

Termenung panjang aku. Betul lah orang kata, berkahwin itu boleh jadi pembuka pintu rezeki buat kita. Tapi jika tidak dijaga betul-betul hubu ngan ini, ia boleh jadi sebaliknya.

Dan kata-kata akhir beliau sekali lagi buat aku termenung panjang.

“Jika sebelum kaya pun kita tak sweet dengan pasangan, lepas kaya nanti, agak-agak kita akan makin sweet atau makin lupa diri?”

“Mulakan sekarang.”

Jom kita sama-sama share perkongsian ini untuk jadi panduan kita semua.

Terima kasih Dato’ Kamarul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *