“Kalau Ada Seringgit, Anggaplah Ia Sebagai Nafkah Pemberian Abang Kepada Sayang…”

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Soal nafkah adalah isu paling berat apabila sudah rumah tangga, ada sesetengah suami bukan tak mampu nak bagi tetapi terlalu banyak duit yang keluar dan kadang lupa yang dia masih belum hulur pada orang rumah.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Akhirnya, ada isteri yang memendam rasa dan paling sedih sampai pe erang dingin disebabkan isu nafkah. Sebelum terlambat, bacalah perkongsian Wan Kamarul Wan Salim untuk renungan bersama…

Seusai mengemas semua barang yang akan dibawa pulang ke Negeri Kenyalang, tiba2 aku didampingi oleh isteri tercinta.

Senyum2 malu dengan menampakkan wajah yang sedikit gelisah.

Aku hanya perhatikan gerak geri dan bersedia mendengar apa jua tutur katanya.

” Abang, ada tak duit seringgit ( RM 1 )?” soalnya. Ada. Nak buat apa sayang?”

Ku lihatnya makin kelu. Tampak berkaca diruangan kelopak matanya. Tergagap-gagap apabila suara dilontarkan.

Abang, sayang faham abang banyak berhabis sebulan dua ni. Membeli tiket ulang alik ke kampung halaman. Lumrah anak rantau. Terkadang melupakan untuk hal diri sendiri.

Tapi sayang tiada punya niat lain. Sayang nak bersihkan rezeki abang. Sayang nak selamatkan abang dari murka Allah. Maafkan sayang, ujarnya perlahan”.

“Kalau abang ada seringgit (RM 1) , abang hadiahkan kepada sayang. Anggaplah ia sebagai nafkah pemberian abang kepada sayang”.

Allah, sesungguhnya aku terkedu Ya Allah. Air mataku mula berlinangan. Mungkin kita suami terlupa, atau memang keadaan kita yang mendesak.

Ya Allah, Kau anugerahkan kepadaku seorang wanita yang mulia hatinya. DemiMu Ya Allah, aku akan berusaha tidak akan menya akiti hatinya.

Maafkan saya atas perkongsian ini. Nampak simple. Hanya nafkah. Walaupun isteri kita berkerja. Itu hak mereka.

Hakikat yang lebih besar ialah rahmat Allah untuk kita dalam berumahtangga. Moga dengan kita berbuat baik kepada isteri, rahmat Allah akan mencurah2 dalam hubu ngan kita. Aamiin.

Dalam rezeki kita, tersimpan hak orang lain. Walau hanya seringgit!

Add Comment