Makanan Untuk Kulit Cantik Dan Sihat Yang Selalu Terlepas Pandang

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tahukah anda apakah jenis makanan untuk kulit cantik dan sihat. Selain dari menggunakan produk kecantikan yang melambak dipasaran, menjaga pemakanan juga boleh menjadikan kulit cantik serta gebu.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Jika benar anda mahu kulit yang cantik dan sihat cuba makanan yang disarankan dibawah. Tidak percaya? Jangan begitu anda harus cuba dahulu dan lihat perubahannya.

Siapa suka lobak merah? Jangan kata arnab sahaja suka lobak tau. Selain digunakan dalam masakan kita mesti suka akan jusnya. Biasa minum air lobak atau biasa kalau order di kedai tu kita sebut carrot susu. Speaking sangat la kan.

Lobak merah kaya dengan Vitamin A dan dapat menghindari lebihan pengeluaran sel di lapisan luar kulit dimana ia menjadi tempat sebum berlebihan bergabung dengan sel kulit ma ti lalu menutup pori-pori kulit. Selain itu lobak merah juga dapat mengurangkan pertumbuhan sel barah kulit.

Buah betik juga boleh membantu mencantikan kulit. Ini adalah kerana nutrien antioksidan yang terkandung di dalam buah betik serta Vitamin C dan E serta beta-karoten sangat baik untuk mengurangkan keradangan dan jerawat. Vitamin C juga dapat melindungi kulit daripada kero sakan akibat pancaran cahaya matahari.

Amalkan memakan daun saderi juga mengandungi sodium semulajadi, potasium dan air, dan membantu untuk menghalang dehidrasi. Tahukah anda bahawa dehidrasi bermakna kulit yang kering, berkuping, berkedut dan juga berjerawat.

Amalkan mengambil bijiran. Antara yang disarankan adalah Chia seed, biji bunga matahari, biji labu, dan biji flaks. Bijirin kaya dengan selenium, Vitamin E, magnesium dan protin untuk menghindari kedutan kulit dan menambahkan kelembapan kulit.

Bersihkan kulit anda dan cantikkan secara dalaman. Caranya dengan mengamalkan memakan sayuran bayam. Bayam sangat kaya dengan sumber terbaik untuk zat besi, folat, chlorophyll, Vitamin E, magnesium, Vitamin A, fiber, protin tumbuhan, dan Vitamin C.

Ikan Salmon walaupun agak mahal namun ianya memang terbukti mempunyai banyak khasiat. Ikan Salmon juga kaya dengan lemak a sid omega-3 yang handal menangani keradangan, kedutan dan jerawat.

Satu lagi makanan untuk kulit cantik dan sihat adalah cili benggala merah. Cili ini kaya dengan carotenoids yang dapat membantu menghalang kedutan kulit dan meningkatkan peraliran da rah terhadap kulit secara tidak langsung menjadikan kulit lebih muda. Kerana mengandungi carotenoids, cili ini juga bagus untuk merawat masalah jerawat.

Jadi diatas adalah beberapa jenis makanan yang dapat membantu anda mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Apa yang perlu sekarang hanya perlu amalkan sahaja.

Sumber: MySensasi

Add Comment