Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Assalamualaikum. Terima kasih admin untuk perhatian yang sedikit ini. Kisah yang aku nak share ni, mungkin biasa2, tapi konflik ni selalu menganggu kehidupan para wanita sekalian. Jadi, jom mulakan penggembaraan ke dalam dunia aku.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Aku anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Aku ada Kakak, ada Abang, ada Adik. Lengkaplah kiranya hidup aku ni. Sepatutnya aku bersyukur, yes aku bersyukur sangat. Cuma kat sini aku nak ceritakan kisah akak aku. Yang aku rasa, kisah dia sangat tragis.
Kakak sulung aku tahun ni berusia 33 tahun, belum berumah tangga. Dulu Kakak aku sangat periang, dia rajin bawa kami jalan2 sebab dia takde kawan sangat untuk travel. Oh ya, Kakak aku misi, so nak cuti dengan kawan sama2 tu susah. So, aku dengan family lah yang untung. Sebab bila dia bawa jalan, dia sponsor semua.
Hidup dia macam tu je la, pergi kerja balik kerja, layankan family. Tapi aku masih tengok dia happy. Masa dia putus cinta pun barai, umur 25 tahun first time bercinta, and first time putus cinta. Memang separuh gi la. Kesian dowhh dengan dia. Asal lah mamat tu. Okey lupakan. Dia banyak spend masa dengan Nenek untuk recover. And Alhamdulillah dia recover.
Dia mula berubah bila abang aku buat hal. Abang aku ni dia senyap tak banyak cakap sangat. Dia rapat juga dengan Kakak aku. Tapi one day, dia kata dia kena pergi kerja jauh. Which is keluar dari negeri yang kami duduk ni. Mak Ayah puas larang, tapi since dia dah besar, Mak Ayah berat hati lepaskan dia pergi. Lepas dia pergi. Macam2 company pinjaman wang berlesen call. Ayah aku dah naik hantu, Mak aku berambu2 air mata hari2 menangis. Call dia tak angkat.
Jalan penyelesaiannya adalah bayar jugaklah. Kami keluarkan saving untuk bayar. Then Kakak aku paling banyak contribute walau dia ma ki berbakul. Tapi sebab tak sanggup tengok Mak Ayah menangis, dia buat juga. Dia cuba ikhtiar cari abang aku, call tempat kerja kat sana tanya semua.
Dipendekkan cerita, dapat kesan abang aku. Kakak aku menangis teruk kot, aku tak pernah tengok dia menangis sebab dia hati kental, jiwa sado. Dapat tahu abang aku tidur pun tepi kaki lima jer kat sana. Dia usahakan bank in duit suruh abang aku balik rumah.
Sampai rumah, takde siapa persoalankan. Mak pun diam jer. Terima je la. Redha. Menanggung hutang jer lah lepas ni. Sebab tanya dia kenapa pinjam banyak sangat pun tak nak jawab. Dah malas nak layan.
Lepas kes tu settle beberapa bulan jer, abang aku usulkan nak kahwin. Masa ni la Kakak aku naik gi la dia. Perangai kau yang sudah orang belum lupa lagi, hutang pun belum settle, ni dah cakap nak kahwin.
Hari2 dia desak Mak aku untuk masuk merisik. Same goes to budak perempuan tu. Sampai Kakak aku rimas, suruh merisik cepat sebelum diaorang buat benda tak senonoh.
Yang menaikkan lagi kemarahan Kakak aku bila abang aku belum ada kerja tetap. Dia kerja part time jer. Sedangkan hutang dia semua Ayah dengan Kakak aku yang cover. Kalau aku pun hangginn. Tiberr kau pulak nak kahwin.
Ye la, dah rezeki dia. Jodoh dia. Siapa kita nak menidakkan.
Lepas abang aku kahwin, bertambah satu oktaf kemurungan Kakak aku. Mak Ayah aku kena la tidur ruang tamu sebab kat rumah ni ada dua bilik jer. Bilik pertama aku dengan Kakak aku. Bilik kedua dia laki bini. Bil rumah semua Kakak aku bayar, dia laki bini hulur duit kat mak je la. Yang mak taknak cerita berapa jumlahnya.
Segala macam nak repair kat rumah ni Kakak aku hulur duit, memang dia bayar. Mak aku boleh tahan dia demand, tengok Kakak aku dapat gaji lebih sikit dia minat langsir, sofa baru, kabinet la. Hurmm sabo la yeopp.
Kakak ipar aku ni baik jer, cuma dia terlampau nak mengambil hati mak mertua, sampai nampak silap banyak kat Kakak aku. Kadang2 Kakak aku baru balik kerja malam, of course nak tidur. Dia dah ketung ketang kat dapur buat sarapan. Mulalah Mak aku bersuara.
“Anak dara tidur jer lah kerjanya.”
Eeeii, kang aku jawab nampak berdosa. Mak memang jenis back up menantu. Sebab bagi dia, kena jaga hati diorg. Kakak aku terpisat bangun tolong buat kerja dulu baru tidur. Aku dah pergi kerja, memang mengelat la.
Kakak aku tak mela wan, dia banyak diam sekarang. Kalau dia rasa se mak, dia drive pergi rumah nenek aku. Lepak sana, kadang2 tidur sana. Takde sape kacau dia.
Paling tra gis kalau Kakak aku teringin nak makan something yang mak aku masak, Mak aku masak sedap tau. Ye la, kita punya craving tu kan semacam. Tapi dia tak dapat, nanti Mak aku ma rah
“Kena la belajar masak. Macam mana org nak ambik jadi bini mcm ni. ”
Dan Kakak aku pun terus berlalu pergi dengan sepi. Kadang2 aku nampak dia terus keluar. Sebab nak nangis dalam bilik nanti aku keluar masuk mengacau. Aku tak reti comfort orang. Kesian dia.
Aku rasa macam nak bawa Kakak aku jumpa psychiatric jer sebab dia dah murung tahap melampau. Dia senyum tapi kosong. Dia tengok maharajalawak, tapi dia diam jer. Takde reaction weii. Apa jadi dengan deria dia? Aku ajak dia pergi cameron, cakap nanti aku belanja. Dia kata simpanlah duit kau nanti untuk kau honeymoon.
Selalu dia cakap, rumah orang tua2 boleh booking awal? Aku nak booking dulu la untuk aku.
Aku pernah suggest, Kak, jomlah kita pergi kerja kat kl. Boleh enjoy. Release stress. Kau boleh ada ‘me time’
Dia jawab ‘Tak boleh, appoitment mak, appoitment nenek nanti siapa nak bawa pergi hospital. Ubat diorg sape nak tengokkan.’
Aku doakan dia jumpa lelaki yang sempurna untuk dia. Kakak aku baik sangat. Cuma dia terlampau menghambakan dia untuk keluarga. Pahala untuk dia tu banyak. Dia tak tau cari bahagia untuk diri dia. Bagi dia bahagia tu dtg bila kita bersyukur. Tapi aku kesian kat dia.
Oo btw Kakak aku ada mild epile psy tau. Dia kena bila stre ssed overload. Tapi so far tak menganggu kerja dia. Sebab stress tu macam dah resistant kat otak dia. Doktor pun cakap mcm tu, emosi dia celaru.
Korang doakan Kakak aku tau. Semoga dia jumpa jodoh dia tahun ni. Dia memang garang sikit dengan lelaki. Sebab dia sangat overprotective.
Doakan juga emosi dia sembuh dan emosi dia kembali stabil.
P/s: Aku tukar sikit2 dalam cerita ni. Sebab nanti dia baca. Aku tahu dia baca. Sebab dia selalu layan kat sini.
Aku sayang kau Kak, aku hold dulu nak kawin, sebab aku nak kita kawin sama2. Aku nak misi aku bagi kau senyum bahagia dulu tercapai. Untuk pakwe aku, kau tunggu dulu.
– Bulan via iium