AMALKAN DOA UNTUK MEREKA YANG DE GIL ATAU DER HAKA KEMBALI KEPANGKAL JALAN

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Maaf dan ampun kepada pembaca blog ini yang belum dapat OK balas email anda kerana terlalu ramai yang meminta doa-doa untuk mengatasi masalah rumahtangga. Memang OK tak terbalas email anda. In shaa Allah, OK akan melayan anda suatu masa nanti terutama kepada mereka-mereka yang telah menghantar dan meluahkan masalah berkaitan masalah keluarga, masalah suami yang cu rang, suami ka ki ju di dan lain-lain.

Gambar penyeri hiasan

Mungkin Allah SWT sedang menguji keimanan dan kesabaran anda ketika ini. Jangan cepat mengalah dan pasrahlah terhadap ujian-Nya kerana sabar itu separuh daripada iman. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan selepas solat dibaca agar suami atau isteri yang telah melampaui batasan kembali kepangkuan anda.

Baca sekurang-kurang 3 atau 7 kali setiap kali solat sambil mengharapkan Allah SWT memberi hidayah kepada anda dan pasangan anda. Semuga memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin

Surah Ali Imran Ayat 200

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Sekian wasallam.

Add Comment