Buang Lemak Dari Air Rebusan Daging Dan Tulang Dengan Mudah, Barulah Sedap Buat Sup

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sup daging, sup tulang, sup perut dan sebagainya memang sedap. Makan panas-panas, kuah semangkuk pun habis. Namun  dalam sedap kita menikmati hidangan, tak sedar banyak rupanya lemak-lemak yang menyebabkan kolesterol tu dah kita telan. Aduhhh…

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Bagi anda yang mementingkan kesihatan dan nak nikmati sup secara lebih ‘tenang’, boleh cuba kaedah ni. Agak melambatkan kerja-kerja memasak tetapi berbaloi demi kesihatan yang baik. 

Selalunya sebelum memasak sup, anda akan merebus daging atau tulang terlebih dahulu supaya empuk. Sup yang terhasil bukan sahaja mengandungi pati-pati daging malah lemak juga. Ini cara mudah dan cepat bagi mengasingkan lemak yang berlebihan dalam sup daging atau  tulang.

CARA ASINGKAN LEMAK DARI  SUP 

1. Mula-mula rebus daging atau tulang dengan air biasa hingga empuk.

2. Kemudian asingkan daging dan tulang.  Sejukkan sup seketika.

3. Ambil ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel . Celup mangkuk berisi ais tadi di permukaan sup (sila rujuk gambar) selama beberapa minit.

4. Hasilnya, lemak-lemak yang ada dalam sup akan melekat pada mangkuk. Ulang beberapa kali hingga anda puas hati. 

5. Cara lain untuk asingkan lemak dengan menyimpan semalaman air rebusan dalam peti sejuk kemudian lemak-lemak putih akan timbul di permukaan. Selepas mengasingkan lemak dari air rebusan, boleh terus gunakan untuk memasak sup istimewa anda.

Info: Elakkan penggunaan mangkuk plastik kerana lebih susah untuk hilangkan kesan minyak yang melekat itu.

Kredit petua & foto: Nileya Nazri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *