Kehebatan Ayat Empat Jika di Amalkan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

1. Setiap wirid dibaca 2000X kecuali [يا ذا الجلال والإكرام] hendaklah diwiridkan lebih dari 2000X kali.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

2. Semasa berwirid hendaklah di tempat yang jauh dari org ramai dan berpuasa selama 7 hari mulai hari Ahad.

3. Amalkan sehingga mendapat hikmat kalau tidak ia mendapat hikmat hendaklah dimulai dari aal sampailah mendapat hikmat. Setiap yang berkehendak pasti akan dapat dengan izin Allah.

4. Hikmatnya bermaksud mendapat tanda-tanda bahawa amalannya diijab kabul oleh Allah. Antaranya melihat rupa singa berkepala manusia tersurat padanya surah al-Fatihah di kepalanya, surah Yasin di tu buhnya atau datang padanya Rasulullah menyurat padanya yakni memberi wejangan padanya samada berupa amalan atau kata-kata dan ianya adalah pakaian utama bagi para hulubalang.

5. Tanda-tanda ini hanyalah berupa pengalaman-pengalaman dari orang yang mengamalnya dan ianya berbeza pada setiap orang. Dalam menghadapi pepera ngan yang menuntut umat Islam bangkit mela wan mu suh sebagaimana zaman daru rat mela wan peng ganas komu nis ada beberapa amalan yang masih wujud hingga ke hari ini.

Amalan sedemikian adalah jalan menuntut keredhaan Ilahi yang dibawa oleh alim ulama zaman bahari (dahulu) bagaimana kekuatan jasmani sahaja tidak memadai melainkan digarap dengan kekuatan rohani.

Kesungguhan untuk mendapatkan pertolongan Allah menuntut setiap pengamalnya sedia melakukan beberapa amalan para solihin selain mentaati perintah yang fardu dan mening galkan perkara yang dilarang (haram).

Amalan Empat Zikir yang lebih dikenali Ayat 4 menjadi amalan zikir yang amat mustajab di amalkan bagi menghadapi mu suh durjana yang menye rang, memper kosa dan membu nuh orang Islam. Selain itu ada beberapa zikir dan doa yang baik untuk di praktikkan bagi memperkukuhkan kekuatan yang dipohon kehadrat Allah SWT.

Dari ayat empat tadi terdapat kekuatan hikmah dan doa permohonan kita kepada Allah Ta’ala agar kita diberi kekuatan dan perlindungan. Malah, mu suh yang melihat pengamalnya pasti akan gerun, kaku dan dengan izin Allah boleh dikalahkan.

Zikir membawa erti ingat akan Allah. Apakala kita ingat padaNYA, maka DIA ingat pada kita. Maknanya ada penyerahan diri kepada Allah dalam zikir dan permintaan kita melalui doa agar kita di lindungi membawa suatu keyakinan yang mutlak dalam ilmu Banjar ini.

Apakala sudah di lindungi Allah tiada apa lagi kainat yang dapat membi nasakan kita melainkan Allah. Maka Ayat 4 sebaiknya di amalkan sebagai zikirullah dan wajar diamalkan sebaik-baiknya tanpa sekali-kali melakukan perkara yang mungkar dan maksiat.

Bagi mengelakkan daripada panas baran kepada pengamalnya, malah memberikan ketenangan hati dan keyakinan bahawasanyan Allah berdiri dengan sendiriNYA. Tiada kuasa yang lebih kuat selain Allah. Kainat tiada memberi bekas. Maka jatuh pada tilikan hakikat kita bahawasanya sekelian yang baharu lemah seperti air dan kainat tidak akan memberi bekas. Nota: Kainat adalah sesuatu yang bergerak bernyawa dan sesuatu apa jua yang hendak membina sakan kita.

Iringi setiap kali amalan ini dilakukan dengan membaca Selawat Sifa” 11 kali setiap kali lepas solat fardu agar terhindar daripada panas baran dan banyakkan beristighfar. Kepada Allah yang maha mengetahui dan penyerahan hakiki diri kita yang sebenar-benar diri. Antara kita dan DIA tiada bersekutu dan tiada berce rai. Umpama mata hitam dan mata putih. Jika bersekutu kita binasa. Jika berce rai pun kita bina sa.

Allah Maha Kaya sedangkan kita hamba yang lemah dan tiada daya-upaya jika tanpaNYA. Buat generasi muda, usah gentar usah ragu. Belajarlah, ” Demi Agama, Tanah Air dan Bangsa”. Sesungguhnya betapa besar ilmu kerahsiaan Allah ini mereka yang pernah mengamalkan tahu fadilat dan kebesaranNYA Allah Yang Maha Agong. Sesungguhnya hanya Dia Maha Mengetahui di atas tiap-tiap sesuatu, kalau Ia menghendakki maka akan jadilah (Kun Fayakun).

Ingatlah amlan ini sebagai persediaan menghadapi mu suh yang sentiasa mencari peluang untuk memera ngi kita yang entah dari mana datangnya. Kalaulah amalan ini tidak wujud masakan pertem puran Angkatan Pa rang Panjang di Batu Pahat Johor dan Sungai Manek Perak mampu menewaskan pasukan peng ganas komu nis yang menggunakan pelbagai sen jata api. Kalau ada yang tahu dengan amalan ini dan maklumkanlah di mana adanya guru-guru yang berwibawa untuk menerangkan selanjutnya.

Anak-anak muda jika berminat dengan amalan ini jangan mendekati perkara yang ditegah dan dilarang oleh Agama Islam. Pelajarilah Ilmu Tauhid sedalam-dalamnya. Parktikkan jalan mulia yang menuju kesucian jiwa melalui amalan yang murni. Patuhi tuntutan syarak dan sentiasa mendekati Allah. Hanya dengan amalan yang baik yang diredahi Allah akan meletakkan diri kita mampu mengalahkan mu suh-mu suh Islam yang kini menggunakan pelbagi cara untuk mengalahkan Islam.

Jangan takbur dan ego apabila beramal dengan ayat 4 ini. Kukuhkan persaudaran Islam tanpa memperlekehkan sesama sendiri melainkan atas jalan nasihat bagi memperbetulkan keadaan khususnya yang berkaitan akidah.

Add Comment