Hati-hati Yang Suka Selfie, Macam-macam Si hir Boleh Buat Dengan Sekeping Gambar

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sihir ialah amalan yang tersembunyi, rahsia, yang sukar untuk dibincangkan secara telus, berterus-terang dan secara pasti. Banyak cara atau kaedah melakukan si hir, di antaranya ialah dengan menggunakan jampi, mantera, serapah, sajian-sajian yang terdiri daripada kuih-muih, tembakau, pengasapan, kemenyan dan lain-lain kaedah, bergantung kepada kaedah yang dipelajari oleh seseorang.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Si hir juga sering melibatkan bahan yang diambil daripada mangsa atau orang yang dipuja contohnya gambar, pakaian, air ludah, potong rokok dan sebagainya. Bahan-bahan ini dipuja menggunakan rangkaian kata yang terdiri daripada jampi mantera atau serapah seperti dijelaskan.

Perkembangan dunia digital masa kini membuatkan kita lebih senang muat turun gambar melalui medium sosial untuk disimpan sebagai kenang-kenangan. Namun tanpa disedari sebenarnya ada ‘insan’ yang mungkin berasa sa kit hati, dengki, den dam dan sebagainya sehingga gambar-gambar yang kita muatkan di laman sosial dijadikan sebagai ‘modal’ untuk melakukan si hir.

SIHIR MENGGUNAKAN GAMBAR

Bermacam jenis si hir boleh dilakukan dengan hanya menggunakan sekeping gambar.

Antaranya ialah :

Si hir Maradh (Si hir Penya kit)

Si hir Khumul (Si hir Penat / tak bermaya)

Si hir Mahabbah (Si hir Cinta / Guna-Guna)

Si hir Junoon (Si hir Gi la)

Si hir Taballud (Si hir menyebabkan hubu ngan dingin)

Si hir Tafriq (Si hir Pemisah)

Zaman dulu (80an /90an), syarat permintaan sekeping gambar jadi syarat yang sangat berat dan sukar. Zaman kodak. Zaman sekarang dah senang. Bukak F B, taip nama dekat search box and boom! Gambar selfie berlambak keluar. Bomoh pun pening nak guna yang mana satu.

Aku pernah tanya salah seorang perawat yang agak terkenal kat tempat aku. Katanya, dalam 10 orang pesa kit yang dirawat, 8 daripadanya adalah perempuan. Kenapa perempuan? Sebab perempuan anak kunci naf su lelaki.

HATI-HATI YANG SUKA SELFIE

Yang banyak selfie pun perempuan. Likes gambar selfie sampai 500 orang. Belanja bibir muncung, bulu mata melentik, pamer gigi rata sambil menari kiki do you lab me. Dalam 500 orang tu, tak mustahil akan ada sorang lelaki yang mental, curik gambar kau, tekan “save to phone”, cuci kat kedai and then bagi bomoh suruh jampi berasap.

Lagi-lagi hal yang melibatkan perasaan yang dicurangi dan perasan tertolak/rejection. Sebab tu ada satu pepatah yang popular dikalangan bomoh di Indonesia yang berbunyi:

“Cinta ditolak, dukun bertindak”

Sumber kredit: F B: Zukiee Ismail

Add Comment