Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Baru-baru ini telah viral sebuah kisah mengenai seorang wanita berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 44 kilogram dalam masa 10 bulan kerana ingin hidup secara sihat dan berniat untuk ha mil sekali setelah kegu guran.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Sebelum ini Nur Hafiza Mukhtar, 30, pernah mengalami kegu guran dan oleh kerana tertekan dengan keadaan tersebut membuatkan dia tidak mengawal pemakanan seharian sehingga beratnya mencecah 104 kilogram.
“Doktor menasihati saya untuk kurangkan berat badan jika mahu ha mil. Tapi tujuan utama saya mahu kurus kerana mahu kekal sihat. Apabila berat badan berlebihan, tubuh kita lebih mudah dise rang penya kit,” beritahu Nur Hafizah kepada Harian Metro.
Apa lebih menariknya Nur Hafizah berjaya membuktikan untuk mengurangkan berat badan tidak semestinya kena mengeluarkan belanja yang besar untuk rawatan dan produk pelangsingan tubuh.
“Tak perlu berhabis duit pun untuk kurus. Saya tidak menggunakan khidmat pelatih kecergasan atau membeli makanan tambahan.
“Selain mahu kekal sihat, saya nekad menurunkan berat badan kerana sukar mencari pakaian dengan saiz yang lebih besar. Terutamanya apabila saya teringat kembali betapa sukarnya saya mencari busana pengantin ketika mahu berkahwin pada Mac 2015,” ujarnya lagi.
Baginya apa yang penting adalah menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang serta memaksa diri untuk bersenam supaya badan kekal cergas.
Sumber: Vitdaily