Tak Perlu nak Berga duh, Peguam Ini Ajar 14 Tindakan Jika Kereta Dilang gar Dari Belakang

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Malang tidak berbau. Macam mana kita pandu dengan berhati-hati pun, kadang kala atas kecuaian orang lain, tetap boleh juga berlaku kemala ngan.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Kereta yang dilang gar oleh orang lain daripada belakang memang menya kitkan hati. Bila berlaku perkara macam ni, sebenarnya, ramai diantara kita, khususnya golongan wanita tidak tahu apakah  proses yang harus dilakukan.

Tidak perlu ga duh-ga duh dan penuh emosi sebaliknya bertindaklah dengan rasional dan matang dalam meng hadapi situasi ini sebagaimana yang diajar oleh peguam, Salkukhairi Abd Sukor ini.

Tip Ringkas Jika Kereta Dilang gar Dari Belakang;

1. Jika ada orang lang gar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit dan keluar daripada kereta anda.

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merba haya seperti steering lock, pa rang, peralatan yg diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh ditu duh cuba untuk melakukan sera ngan dan kece deraan kpd org lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.

5. Apabila pemandu kenderaan yang lang gar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, janganlah terus ma ki hamun kepadanya.

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jangan berteng kar, berga duh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melang gar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahunya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melang gar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melang gar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan se rang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jena yah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dgn report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Itu sahaja!

Mudah bukan? Tak perlu ga duh-ga duh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jena yah.

Sumber: Salkukhairi Abd Sukor (Peguambela & Peguamcara)

3 Comments

  1. Ammar September 23, 2019
    • Afq September 26, 2019
  2. said sahak September 27, 2019

Add Comment