Jom Amalkan Air Rebusan Daun Sirih Bersama Dengan Bunga Cengkih, Punyai 1001 Manfaat Berguna Buat Kaum Hawa

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Amalkan Air Rebusan Daun Sirih Bersama Bunga Cengkih, Punyai 1001 Manfaat Berguna Buat Kaum Hawa. Sungguh Rugi Kalau Tak Amalkan. Resepi Rebusan Sirih+Bunga Cengkih. Dah bertahun2 amal..

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

CikBel tak rajin tapi mak selalu buatkan hahahaha… 1001 Khasiat utk ubati Resdung, Biasa Saraf, Bau Badan dan ketiak, bisul dan bengkak, masalah wanita, kepu tihan, bengkak gusi, bau mulut, batuk dan byk lagi..

Sesuai utk hilangkan bau badan

Untuk keputihan

Kurangkan bisa urat saraf

BAHAN2

Lima helai daun sirih, Tiga kuntum bunga cengkih, Tiga gelas air

rebus 3 gelas sampai jd 1 gelas. Minum bila suam. InsyaAllah

Khasiat dan 10 Petua Dari Daun Sirih

Membantu Masalah Resdung

Sedut air rebusan sirih perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.

Pencuci Dan Penyegar Muka

Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan jerawat.

Mencegah Bau Ketiak

Rendam 2-3 helai daun sirih dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam-suam kuku. Asingkan daun sirih kemudian diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu.

Menyegarkan Dan Mencegah Bau Badan

Rebus daun sirih secukupnya untuk dibuat mandian.

Ubat Bisul Dan Bengkak

Ambil beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur. Tumbuk sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian sapukan di sekeliling bisul tersebut. Biarkan sehari semalam. Ulang sehingga pulih.

Membantu Masalah Wanita

Ambil daun sirih secukupnya dan direbus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat cebok atau membersihkan alat sulit.

Hidung Berdarah

Ambil sehelai daun sirih, diramas sehingga lembut kemudian sumbatkan ke dalam lubang hidung. Dongakkan sedikit kepala dan bernafas seperti biasa. Selang beberapa minit pendarahan akan berhenti.

Masalah Gusi Dan Bau Mulut

Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur-kumur sehingga bersih dari sisa-sisa sirih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Masalah Batuk

Minum setengah cawan air rebusan sirih setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.

Kredit : Nabilah Md Saad / Keluarga Till Jannah

Add Comment