Nak Tahu Telur Tu Masih Elok Atau Tak

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ada sesetengah telur akan ada tarikh luput pada tray bungkusan. Ada yang tak ada. Tapi kalau dah susun elok dalam frigde dah tak tahu dah bila tarikh luput, elok lagi ke tidak kan. Nak tahu elok ke tak kena pecahkan dulu baru tahu.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Tapi macam mana nak tahu tanpa pecah kan telur tersebut? Haa ada cara mudah iaitu hanya isi mangkuk dengan air sejuk dan letakkan telur di dalam mangkuk.

Jika telur tenggelam ke bawah dan berada dalam keadaan melentang tu maknanya masih segar.

Jika telur tu dah berusia beberapa minggu tetapi masih baik untuk dimakan, ia akan berdiri di atas satu hujung di bahagian bawah mangkuk.

Tapi jika telur terapung ke permukaan, tu tandanya dah tidak lagi cukup segar atau tak elok untuk dimakan. Kan senang! Bersihkan Juga Rumah Dengan Betul dan Berkesan

Supaya Habuk Tidak Melekat pada Perabot

Lap perabot dengan menggunakan bancuhan air dan softener pakaian dengan kadar 1:10 atau 1 bahagian softener dengan 10 bahagian air.

Kilatkan Lantai Rumah Sejilat-kilatnya

Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas.

Kemudian mop lantai seperti biasa.

Mewangikan Rumah

Campur softener dengan cuka. Kemudian spray di sekeliling rumah anda seperti di langsir-langsir dan sofa-sofa jenis fabric.

Bau wangi akan tahan lebih lama.

Menyegarkan Bilik Air

Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air.

Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut ke sekitar bilik air anda.

Wangikan Peti Ais

Ma tikan suis.

Keluarkan semua isi dan makanan dari peti ais.

Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.

Selepas kering, sapu sedikit esen vanilla ros pada tuala tadi dan sapukan pada keseluruhan peti ais.

Tutup peti ais selama 30 minit sebelum memasukkan semula isi dan makanan ke dalamnya.

Hilangkan Kotoran Sinki ‘Stainless Steel:

Potong lemon menjadi dua, kemudian gunakan lemon tersebut untuk menyental bahagian kerak-kerak di sinki.

Campurkan sedikit garam dan gosok menggunakan berus gigi terpakai.

Kemudian bilas dengan air panas.

Hilangkan bau bilik atau rumah yang baru di cat:

Ambil bawang besar dan potong dua bahagian.

Letak di penjuru bilik atau rumah dan biarkan semalaman.

Bau cat akan hilang dengan segera.

Sumber: Petua Ibu

Add Comment