Cuci Muka Benda Paling Simple Tapi Lupa Buat Sebelum Tidur, Inilah Kesan Yang Terjadi

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Katakan dalam peti ais tu ada lebihan tomato, belah nipis dan boleh ratakan di permukaan wajah. Sama saja prosedur macam pakai masker yogurt tu.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ketika relaks, buat masker sendiri guna yogurt yang boleh dibeli di pasar raya. Belilah yogurt perisa asli yang bersaiz kecil. Lagipun, bukan nak pakai banyak mana. Dalam dua sudu dah cukup. Sapukan pada kulit wajah rata-rata, baring dan rehatkan diri. Selepas 20 minit cucilah muka tu.

Selain, minum air secukupnya, cuba amalkan cara alami rawat wajah sebelum tidur. Jangan lakukan waktu anda sibuk takut tak terkejar membuatnya.

Orang perempuan terutama mak-mak, kalau balik dari tempat kerja, dia mesti akan uruskan makan minum anak-anak, rumah lepas itu baru mandi. Ada pula mak-mak yang balik kerja, terus mandi barulah uruskah hal rumah.

Selesai bagi anak, suami makan, mak sambung lagi kerja. Kalau buat bisnes online part-time, masa inilah dia pulun malam-malam. Sorang-sorang.. Sampai dekat jam 10 ke 12 malam barulah mata mengantuk nak masuk tidur.

Tapi berapa ramai yang ‘alert’ cuci muka dulu sebelum masuk tidur. Ke.. sebab dah tak larat langsung pengsan atas katil tak sedarkan diri. Ini sebab mustahak yang mak-mak perlu tahu, akibat tak cuci muka sebelum masuk tidur.

1. Kerja Malam

Masa malam hari inilah kulit kita bernafas. Ia bekerja mengeluarkan lembapan dan ada ketikanya membuatkan kulit kita menjadi kering. Bila bangun pagi, kulit jadi berminyak.

2. Punca Jerawat

Bayangkan kalau kita tak cuci malam itu, dengan sisa kotoran, kesan minyak bagai. Ia akan menutup pori-pori langsung menyebabkan jerawat.

3. Punca Kulit Kusam

Kalau pun tak berjerawat, akibat gangguan kotoran, kulit yang tak dibersihkan ini akan menerbitkan kesan kusam pada wajah. Sebab itu, disarankan lepas cuci muka, sembur toner, sapu serum, kolagen atau vitamin E.

Amalan Seminggu Sekali

Lakukan masker yogurt. Beli saja yogurt perisa asli saiz kecil di pasar raya. Masukkan dalam peti sejuk. Bila malam ambil 2 sudu dan sapukan pada wajah. Nanti terasa nyaman kulit wajah. Lepas 20 minit bilas.

Buah tomato yang ada dekat dalam peti ais tu, hiris nipis dan letakkan atas kulit wajah. Biarkan 30 minit dan anda berbaringlah semasa memakai masker. Pastikan dalam keadaan relaks dan tenang ya.

Ambil 1 biji putih telur, campur yogurt dan sedikit madu, masker ini paling baik sekali untuk kekalkan lembapan pada wajah.

Sebab apa seminggu sekali, terlebih memakai masker juga akan menyebabkan kulit menjadi kering.

Nota:

Masker akan kembalikan lembapan kulit wajah yang hilang dan buat kulit muka jadi lebih berseri

Naikkan Seri Wajah Dengan Doa Nabi Yusuf

Ini salah satu ikhtiar yang boleh diamalkan, baca doa Nabi Yusuf ini dan usapkan pada wajah. Niatkan yang baik-baik, sama ada mahu mendapatkan jodoh yang baik ataupun mengeratkan lagi hubu ngan suami isteri

Add Comment