Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Astaghfirullah hal adzim اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ,
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Mulanya ingat berlaku di luar negara tetapi rupa2 nya ia berlaku kat negara kita… Semoga akidah 2 wanita ini dapat diperbetulkan oleh pihak berwajib…
Berita TV9 wrote…
Tular dua wanita bertudung dirakam melakukan upacara sembahyang di sebuah tokong petang semalam.
Kejadian dipercayai berlaku di Kampung Serpan Laut, Asajaya, Kota Samarahan, Sarawak.
Menurut sumber, dua wanita berkenaan telah pun dibawa ke Pejabat Agama Islam Kota Samarahan untuk memberi keterangan.
Tindakan dua wanita berkenaan juga turut didakwa menyebabkan salah faham dan menjejaskan perpaduan kaum di Sarawak.
sumber; Berita TV9
Rukun iman
Boleh Ke Tunggu Iman Kuat Baru Nak Bertudung? Jawapan ‘Padu’ Daripada Ustaz Azhar Idrus
Isu artis pakai dan tanggal kembali tudung bukanlah satu isu baru namun menjadi hangat semula gara-gara tindakan seorang selebriti popular tanah air baru-baru ini mengumumkan dirinya tidak lagi bertudung susulan penyebaran beberapa keping gambar kontroversi miliknya.
Mendapat perhatian netizen, ada yang mengecam dan ada juga yang mendoakan selebriti berkenaan kembali bertudung serta diberi kekuatan untuk kekal dengan penampilan berkenaan.

Namun begitu, pendakwah bebas terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini tampil menjawab persoalan yang diutarakan oleh netizen sama ada dibolehkan seseorang menjawab ”tunggu iman saya kuat, baru saya bertudung”.
Antara lain jawapan Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya menjelaskan sesetengah selebriti ini mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan apabila berhijrah mengenakan tudung ataupun menutup aurat.
Selain itu, selebriti-selebriti ini juga mungkin menang galkan tudung ataupun mengenakan pakaian tidak menutup aurat kerana tuntutan kerja seperti tampil dalam iklan produk.
Saksikan jawapan penuh Ustaz Azhar Idrus di bawah.
Video:
Sumber: Suara Media