Pelajar ini memutuskan untuk membawa kucing kesayangannya ke sekolah dan tingkah laku kucingnya di dalam kelas sangat mencuit hati

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan di rumah, situasi sebegini mungkin mengganggu anda: setiap kali anda sudah bersedia untuk keluar, haiwan kesayangan anda sentiasa akan memberi anda satu pandangan sedih seperti tidak mahu ditinggalkan berseorangan di rumah. Perkara sebegini pastinya selalu berlaku, bukan?

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Kredit: Dcard

Begitulah hal yang terjadi kepada seorang pelajar yang dikenali sebagai Cathy. Pada suatu hari, Cathy memutuskan untuk membawa bersama kucingnya ke sekolah untuk ditunjukkan kepada rakan-rakannya di sekolah.

Kredit: Dcard

Sudah tentu, rakan-rakannya menyukai kucing Cathy. Namun, sebaik sahaja loceng dibunyikan, semua orang mulai bimbang tentang kehadiran kucingnya yang jelas sekali tidak seharusnya berada di dalam kelas itu.

Kredit: Dcard

Tetapi, syukurlah kerana kucing Cathy bukanlah seekor kucing nakal yang menimbulkan kesusahan kepada pemiliknya. Kucingnya yang comel ini memutuskan untuk duduk diam di atas riba pemiliknya dan mengeluarkan kepalanya untuk mendengar sesi pembelajaran pada hari itu. Alahai, comel sungguh!

Kredit: Dcard

Kucing yang comel ini layak menerima snek bermutu tinggi kerana sudah menjadi seekor kucing yang sangat baik pada hari itu!

Kredit: Dcard

Sumber: Dcard

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *