CARA MELAKSANAKAN SUJUD SYUKUR – Ustaz Azhar Idrus

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

as salam ustaz, sy nak tanya mcmmana nak buat sujud syukur? Dan berapa rakaat? Bila masa yg sesuai?

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Cara SUJUD SYUKUR – Ustaz Azhar Idrus

Jawapan kami;

Cara Melaksanakan Sujud Syukur
Sujud syukur boleh dilaksanakan dengan memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya. Rukun sujud tilawah dan sujud syukur di luar solat adalah;

1) Niat

2) Takbiratul ihram

3) Sujud SEKALI

4) Tomakninah semasa sujud

5) Duduk

6) Salam

7) Tertib

(Al-Taqrirat al-Sadidah).

Justeru, sujud syukur tidak mempunyai rakaat tertentu.

Manakala syarat-syarat sujud syukur pula adalah sepertimana syarat melakukan sujud tilawah (melainkan sujud syukur tidak harus dilakukan di dalam solat). Manakala syarat-syarat sujud tilawah adalah sama seperti syarat-syarat melakukan solat (Minhaj al-Talibin).

Sujud syukur hanya dilakukan di luar solat. Ia tidak harus dilakukan di di dalam solat. Sehubungan itu, terdapat 4 sebab yang dianjurkan untuk melakukan sujud syukur iaitu;

1) Datangnya nikmat secara mendadak

2) Terhindar daripada ba haya

3) Melihat orang kena musi bah (sebagai tanda syukur tidak ditimpa musibah tersebut)

4) Melihat orang fasiq secara terang-terangan (sebagai tanda syukur terhindar daripada melakukan mak siat tersebut) (Al-Taqrirat al-Sadidah).
Oleh itu, sujud syukur dilakukan sejurus selepas salah satu sebab di atas berlaku. Waktunya luput jika jarak tempoh antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama atau dengan berpaling daripada melakukannya walaupun tempohnya singkat (Hasyiah al-Bujairimi).

اليسع

Wallahu a’lam.

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak

Add Comment