Diakui Ada Perubahan Yang Positif, Amalkan Air Rebusan Ini Untuk Kawal Ken cing Ma nis

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Amalan minum air rebusan herba memang diakui telah lama disarankan oleh orang tua-tua untuk tujuan penjagaan kesihatan tubuh badan. Antara banyak-banyak minuman herba tersebut, salah satunya adalah minum air rebusan daun manggis.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Apa istimewanya minum air rebusan daun manggis?

Sebenarnya banyak petua dan cara rawatan alternatif yang boleh diamalkan dalam usaha menyembuhkan penya kit yang dialami. Ini diakui sendiri oleh Puan Zuriaty apabila melihat perubahan yang positif pada tahap kesihatan  suaminya setelah mengamalkan minum air rebusan tersebut.

“Buah Manggis bukan saja enak dimakan tapi rupanya daun manggis ni banyak khasiatnya. Ini antara amalam suami saya sejak beberapa bulan yang lalu dan Alhamdulillah ken cing ma nis ,kolesterol dan sengal sengal badan semakin ada peningkatannya. Jadi saya nak kongsi dengan kawan kawan semua semoga memberi manfaat. Insyallah”Zuriaty Hj Musa

Bahan-bahan:

10 helai daun manggis4 gelas airPeriuk tanah

Cara caranya

1. Daun manggis direndam selama 10 minit dalam air garam.

2. Carik carikkan daun manggis, lagi halus lagi bagus.

3. Masukkan 4 gelas air di dalam periuk .

4. Masukkan semua daun manggis tadi yang telah direndam air garam.

5.Renehkan di atas api yang sangat perlahan. Reneh sehingga air tadi jadi separuh.

6. Reneh sehingga airnya bertukar menjadi kemerah-merahan. Kemudian tunggu sejuk barulah ditapis. Buang daunnya. Airnya disimpan dalam bekas dan simpan di dalam peti air untuk mengelakkan dari rasa masam

Ekstra info :

1. Setiap pagi minum suku cawan . Hangatkan terlebih dahulu

2. Minum 1 gelas air suam

3. 15 minit kemudian barulah sarapan pagi

Sumber : Keluarga via Zuriaty Hj Musa

Add Comment