Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
7Anda ada masalah rambut beruban biarpun umur masih muda? Bukan lagi menjadi perkara pelik jika rambut seseorang mula beruban di lewat dua puluhan atau awal tiga puluhan. Malah ada juga kanak-kanak dan remaja yang sudah mula ada sehelai dua rambut putih atau uban.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Jika di usia emas, uban adalah sesuatu yang normal, tetapi golongan muda yang beruban kebiasaannya akan kurang keyakinan diri. Malah mereka pasti berasa malu jika ada yang menegur bila melihat semakin banyak helaian rambut di kepala sudah mula menukar warna.
Menurut kajian, faktor yang menyebabkan seseorang individu beruban biarpun masih di usia muda adalah gaya hidup yang tidak sihat, amalan pemakanan yang tidak seimbang yang menyebabkan kekurangan nutrisi dan juga stress atau tekanan.
Jika anda adalah salah seorang individu yang mempunyai rambut beruban di usia muda, mungkin anda boleh cuba amalkan jenis-jenis makanan yang tersenarai di bawah ini.
7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban
1) Sayuran Hijau – Pasti kita semua sudah sedia maklum bahawa sayur-sayuran hijau sememangnya kaya dengan vitamin. Antaranya vitamin B6 dan B12 yang memang penting untuk kesihatan rambut. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan sayuran hijau secara kerap dapat membantu mengelak dari rambut beruban di usia muda.
2) Buah Beri – Buah seperti strawberi, rasberi, mulberi dan sebagainya memang kaya dengan vitamin C. Selain elok untuk kesihatan rambut, vitamin C dari buah beri juga dapat mengawal pertumbuhan uban.
3) Coklat – Pengambilan coklat secara kerap memang bagus untuk kesihatan rambut. Coklat dikatakan kaya dengan kandungan zinc yang menghasilkan melanin yang membantu meningkatkan warna pada rambut dan mencegah uban.
4) Ikan Salmon – Merupakan antara makanan laut yang sangat sesuai untuk mencegah masalah uban. Ikan salmon kaya dengan selenium iaitu sejenis mineral yang melindungi warna semulajadi pada rambut.
5) Kacang Almond – Kandungan vitamin E yang tinggi dalam kacang Almond dapat membantu menyihatkan rambut dan mencegah masalah rambut beruban di usia muda.
6) Produk Olahan Susu – Kaya dengan vitamin B, B6 dan B12, produk olahan susu ini membantu menghasilkan sel darah merah yang diperlukan untuk pengaliran oksigen dan nutrisi ke kulit kepala.
7) Biji Bunga Matahari – Kuaci biji bunga matahari sangat tinggi dengan kandungan mineral. Ia membantu pengeluaran melanin pada rambut dan seterusnya mengelak dari rambut beruban.
Selain mengamalkan pengambilan 7 makanan yang disenaraikan ini, menjaga kesihatan rambut sama juga pentingnya. Jangan terlalu kerap menukar jenama syampu dan elakkan juga menggunakan syampu yang tinggi kandungan ki mia.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: NotaWanita