Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Sistem imun kanak-kanak kecil amat berbeza dengan orang dewasa. Tubuh badan kanak-kanak mudah sensitif apabila terdedah kepada perubahan cuaca dan persekitaran. Jika cuaca tiba-tiba menjadi panas atau sejuk , mereka akan mudah dijang kiti demam, selsema dan batuk.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Ibu bapa pasti berasa rungsing sekiranya anak mereka sakit dan tidak sembuh-sembuh dengan demam dan batuk yang berulang. Dan anak-anak ini pula tidak boleh makan atau minum sembarangan ubat.
Dibawah adalah cara yang mudah untuk mengubati demam dan menghilangkan panas badan anak-anak. Selain memberi kesihatan yang baik, anak -anak tidak perlu meminum ubat dengan kerap lagi.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
1.Apa yang diperlukan ialah sebatang lobak putih. Potong bahagian kepalanya dan cuci dengan air hingga bersih.
2. Hiris lobak putih atau dipotong dadu. Tetapi perlu diingat, sila jangan kupas kulit lobak putih ini.
3. Masukkan air sejuk ke dalam periuk. Panaskan api dan biarkan air mendidih dan kemudian masukkan potongan lobak putih tersebut.
4. Rebus lobak putih ini selama 15 minit. Jangan tambah apa-apa perasa atau bahan lain. Hanya lobak putih sahaja.
5. Setelah lobak putih masak dan menjadi lembut, biarkan ia sejuk dan boleh disajikan. Kuah dan isi lobak putih boleh dimakan sekaligus. Apa yang penting ialah kuah atau air lobak ini perlu diminum, di samping makan isi lobak putih yang telah lembut.
Berikan anak anda minuman air lobak putih ini sebelum mereka masuk tidur. Berikan kepingan lobak putih untuk dimakan juga.
Hasilnya dalam masa 2 hingga 3 hari, batuk dan selsema anak akan berkurangan dan semakin sembuh. Untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun, anda disarankan untuk memberi mereka dengan minuman air rebusan lobak putih sahaja.
Kredit : flickr
Lobak putih amat bermanfaat untuk menurunkan suhu panas dalam tubuh badan serta dapat meredakan batuk dan selsema. Ia lebih berkesan sebagai cara alternatif mengubati demam, selsema dan batuk dengan pengambilan ubat-ubatan.
Di samping menurunkan suhu badan, lobak putih juga bermanfaat dalam mengubati penyakit kulit seperti jerawat dan ruam, penyakit kuning, membantu sistem pencernaan, menambah kandungan air dalam badan dan lain-lain.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Era Baru