Walau Bohong Yang Remeh Pada Anak Tapi Beri Kesan Mendalam -Pendidik Ilmu Keibubapaan ,Dr Taufiq Razif

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ni gambar Maryam Soolihah yang tertidur selepas menangis teresak-esak.[dibawah]

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Tadi saya bergurau je dengan Maryam Soolihah ni. Saya saja je tanya dia ” Boleh tak Abi nak bagi baby Aesha ni bawak kereta? Abi nak baby Aesha bawak kereta la. Boleh? ”

Tiba-tiba dia menangis tersedu sedu sambil cakap ” Jangan Abi. Nanti kereta pusing pusing. Taknak Abi ” Syahdu la pulak Maryam menangis macam tu sekali. Saya pelik la kan. Saya gurau je pun. Lagipun mana la logik nak bagi baby umur 5 bulan bawak kereta. Aduh!

Tiba-tiba isteri saya bagitahu saya satu benda yang membuatkan saya tersentak. ” Abang. Abang tu tak pernah ti pu Maryam ” Allah.. 

MAAFKAN ABI ANAKKU.

Rupanya anak saya percayakan saya. Walau benda tu nampak remeh dan kecil tapi anak kita ni sangat percayakan kita. Kalau kita tak pernah bo hong anak kita, kita suruh anak kita ter jun api pun dia akan terjun. Sebab itulah AUTHORITY dan TRUSTABILITY kita sebagai mak ayah. Anak kita berpegang pada kata kata dan diri kita sepenuhnya.

Cuma kita je yang hakis benda ni perlahan lahan tanpa kita sedari. Tanpa sedar kita banyak bo hong anak. Niat untuk kebaikan anak kita juga tapi benda tu lah yang menghakis TRUST mereka pada kita.

Bila benda ni dah terhakis sempurna, maka di situ lah bermulanya bencana. Anak kita susah nak hormat kita, susah nak percaya cakap kita dan mereka akan melawan dan bia dap akhirnya! Yup. Semuanya hanya bermula daripada kebo hongan yang kita nampak remeh. Kalau lembu dipegang pada tali, manusia pula dipegang pada KATA dan JANJI!

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page

sumber : FB Dr Taufiq Razif

Add Comment