Ini Sunnah Nabi yang perlu kita amalkan supaya anak mudah mendengar kata.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Anak adalah anugerah dan amanah Allah yang perlu kita didik dengan sebaiknya. Rasullullah s.a.w mengajar kita supaya banyakkan mencium dan memberi sentuhan kasih sayang kepada anak kerana ia dapat mengeratkan rasa kasih dalam diri anak-anak melalui sifat ibu bapa yang penyayang.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

“Perbanyaklah kamu mencium anak cucumu kerana balasan dari setiap ciuman adalah syurga.” (HR. Bukhari)

Terdapat beberapa anggota tu buh anak yang perlu diberi sentuhan lembut setiap hari yang akan memberikan kesan psikologi kepada si anak.

1. Ubun-ubun
Ci uman di ubun-ubun kerana ia menunjukkan kebanggaan ibu bapa terhadap anak sambil didoakan agar menjadi anak soleh dan sholehah.

2. Dahi
Ci uman di dahi menandakan ibu bapa redha atas perilaku baik yang dilakukan si anak. Mengusap secara lembut di dahi juga menunjukkan rasa sayang dan rindu terhadap anak.

3. Pipi
Berikan ci uman sambil mengucap masya-Allah, sebagai tanda sayang dan rindu ibu bapa terhadap si anak.

4. Tangan
Ci uman di tangan memberi tanda kasih sayang sambil mengucap barakallah, sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu menci um tangan putri tercinta, Fatimah r.a.

5. Belakang kepala
Menggosok belakang kepala anak sebagai tanda kasih sayang dan perlindungan.

6. Atas kepala
Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, menunjukkan kebanggaan ibu bapa terhadap anak.

7. Kedua tangan
Memegang kedua tangan dapat memberikan ketenangan dan mententeramkan anak ketika perasaannya bercelaru.

8. Da da
Usaplah da da anak sambil istighfar saat ia menunjukkan kecenderungan berbuat salah atau sedang marah untuk menenangkannya.

Perilaku mudah dan ringkas ini dapat menjadikan anak lebih mudah mendengar kata dan tidak degil. Semoga kita dapat mendidik anak dengan penuh kasih sayang dan dapat melahirkan anak-anak yang boleh berjasa kepada agama, ibu bapa dan negara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : ohsempoi

Add Comment