Subhanallah, Saintis Temui Sesuatu 2KM Di Bawah Lapisan Ais Kutub Selatan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Walau zaman dah moden tapi byk lagi isi dunia yg penuh misteri. Ini menjadi motivasi kepada sekumpulan saintis untuk membuat kajian di Antartika dan akhirnya selepas berbelas tahun, mereka temui “sesuatu” yang mengejutkan2km di bawah lapisan aisyang tebal itu. Sangat menakutkan. Subhanallah. 

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

GUNUNG BERAPI TERKAMBUS

Saintis berjaya menemui satu kawasan besar gunung berapi di permukaan Bumi – yang berada dua kilometer di bawah permukaan luas lapisan ais yang menyelimuti kawasan luas Antartika.

Penyelidikan yang dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Edinburgh, Scotland, telah menemui hampir 100 gunung berapi – yang paling tinggi adalah setinggi Gunung Eiger, yang tingginya hampir 4,000 meter di Switzerland.

Perkara yang paling terkenal dari Gunung Eiger adalah bahagian utaranya yang berupa batuan dan ais setinggi 1,800 meter. Bahagian tersebut bernama Eigerwand atau Nordwand, bahagian utara terbesar di Alpen.

Para ahli geologi berkata, , kemungkinan besar wilayah itu akan menjadi kawasan paling padat gunung berapi di dunia, lebih besar dari Afrika Timur, di mana Gunung Nyiragongo, Kilimanjaro, Longonot dan semua gunung berapi aktif lain tertumpu.

LETUSAN AKAN BUATKAN AIS CAIR

Aktiviti dari gunung berapi boleh menimbulkan kesan yang membimbangkan, kata para ahli geologi. Apa yang menakutkan adalah letusan gunung-gunung berapi ini akan semakin memberi kesan buruk kepada pencairan ais di sana. Dan hasilnya kemungkinan ada bandar besar di dunia yang bakal ditenggelami air.

“Jika salah satu gunung berapi ini meletus, perkara itu selanjutnya boleh merosakkan lapisan ais bahagian barat Antartika,” kata Robert Bingham, dari Universiti Edinburgh, kepada Guardian.gunung berapi di kutub utara, ais akan mencair lebih cepat, kumpulan gunung berapi, gunung berapa aktif, gunung berapi tidak aktif, punca banjir besar, sesuatu di bawah lapisan ais kutub utara

“Apa pun yang menyebabkan pencairan ais – yang pasti akan berlaku letusan – kemungkinan akan mempercepatkan aliran ais ke laut.”

“Soalan seterusnya adalah, seberapa aktifkah gunung berapi ini? Itu adalah sesuatu yang perlu kita perlu pastikan secepat mungkin.”

Kaji selidik Gunung Berapi Edinburgh, yang dilaporkan dalam siri penerbitan khas Geological Society, antaranya mengkaji bahagian bawah lapisan ais Antartika barat.

PULUHAN GUNUNG BERAPI TELAH DITEMUI


Setelah pasukan itu berjaya mengumpulkan hasilnya, dilaporkan ada 91 gunung berapi baru yang sebelumnya tidak pernah diketahui. Sebelum ini mereka telah menemui sebanyak 47 gunung berapi.

Gunung berapi yang baru ditemui mempunyai ketinggian dari 100 m hingga 3,850 m. Kesemuanya diliputi lapisan ais tebal yang kadang-kadang terletak pada lapisan yang tebalnya lebih 4km di rantau itu.

Gunung berapi itu aktif dan tertumpu di kawasan yang dikenali sebagai pecahan Antartika barat, yang membentang 3,500 km dari pentas ais Antartika Ross menuju Semenanjung Antartika.

Add Comment