5 Kelebihan Dan Fakta Menarik Lesung Pipit

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Betul ke kakak tadi dah 40 tahun? Nampak macam muda je. Sebab lesung pipit tu kot dia nampak muda, untunglah kan ada lesung pipit..” Uniknya mereka yang mempunyai lesung pipit kerana setiap senyuman mempunyai aura yang istimewa. Lekukan di pipi itu berupaya menambah kemanisan dalam wajah.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Di sebalik kemanisan senyuman tersebut, ini merupakan beberapa fakta dan kelebihan lesung pipit yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini:

1. Hanya 20% manusia memilikinya

Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipit yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicem burui.

2. Ramai yang tertarik dengannya

Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi.

Kalau bergambar pula, bagaimana pun rupa atau ‘mood’ anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa. Untung!

3. Kelihatan lebih muda

Betul kan? Orang yang ada lesung pipit ni nampak macam ‘baby face’ sangat! Ia juga disahkan para saintis bahawa antara kelebihan lesung pipit ialah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.

4. Penyebar aura keceriaan

Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan olehnya.

5. Ramai selebriti jadi lebih popular

Laman web Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular.

Kerana itu, ada yang sanggup melakukan pembe dahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan tersebut!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Petua Ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *